Bekas Penyerang Sensasi Penang Bakal Sertai Negeri Sembilan Untuk Musim 2023?

Negeri Sembilan yang agak sepi pada musim ini dalam persiapan mereka menerusi rekrut pemain-pemain baharu sebelum itu dilihat bakal mendapat suatu khabar gembira tidak lama lagi.

Dikhabarkan pasukan tersebut bakal mendapatkan khidmat import keempat mereka, setelah sebelum itu Negeri Sembilan mengumumkan hanya akan menggunakan tiga sahaja pemain untuk slot tersebut.

Untuk info, Negeri Sembilan bakal diperkuatkan dengan kehadiran penyerang baharu mereka musim ini dari Brazil iaitu Anselmo Arruda da Silva (Casagrande).

Kenyataan itu dijelaskan sendiri menerusi wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam menerusi Twitter beliau mengenai perkhabaran Casagrande bakal diikat oleh Negeri Sembilan pada musim ini.

“Casagrande to Negeri Sembilan FC. Difahamkan, bekas penyerang Penang FC itu jadi pilihan sebagai pemain import ke-4 skuad Jang musim ini,” jelas Zulhelmi menerusi Twitter beliau.

Penyerang berusia 33 tahun itu bukan lagi satu nama asing dalam kancah bola sepak tempatan, setelah beliau pernah mewakili beberap kelab sebelum itu dan terbukti ketajamannya di hadapan gol.

Mula menyertai Kuala Lumpur City (KL City) pada tahun 2016, Casagrande telah pun memberi impak yang sangat positif bersama pasukan tersebut dengan rekod jaringan konsisten.

Selepas itu pemain tersebut turut mewakili beberapa lagi kelab di Malaysia seperti Felcra FC, Melaka United, serta Penang pada tahu lalu sebelum terpaksa berehat panjang pada pertengahan musim.

Ketika itu, Casagrande terpaksa melupakan baki saingan liga kerana mengalami kecederaan yang panjang dan memaksa Penang untuk menandatangani khidmat penyerang baharu iaitu Lucas Espindola.

Penyerang bertubuh tegap itu juga menjadi antara pemain import yang dilepaskan Penang pada penghujung musim lalu selepas pasukan tersebut sah tidak menyambung baki kontrak beliau bagi tahun ini.

Dengan kehadiran Casagrande, ianya bakal memberi nilai tambah buat Negeri Sembilan yang dilihat serba tidak konsisten setakat ini dalam aksi pramusim sebelum saingan bermula.

Sehingga kini, Negeri Sembilan dilaporkan sudah menandatangani kontrak Herold Goulon serta meminjam Levy Madinda daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memperkukuhkan posisi pertahanan dan tengah.

Seorang lagi penyerang yang dilaporkan akan menyertai pasukan tersebut iaitu Ezechiel Ndouasel masih lagi belum diumumkan serta diketahui statusnya bersama pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN