Sebelum jendela perpindahan kedua ditutup, Sabah akhirnya berjaya mendapatkan mesin gol baharu mereka untuk memperkukuhkan posisi serangan pada musim 2022 ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Pemain tersebut ialah Jose Embalo yang sudah pun diperkenalkan oleh Sabah menerusi media sosial mereka semalam dan mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong.
https://twitter.com/armenie_foot/status/1540268115778539524?s=21&t=ocig6RGZhQnVUxEpQo0XQw
Kemasukan Embalo juga secara langsung mengesahkan khidmat bekas penyerang mereka sebelum itu, Neto Pessoa sah ditamatkan kontrak pada pertengahan musim ini kerana dikhabarkan mengalami isu kecederaan dan prestasi kurang memuaskan.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali Sabah apabila beliau menyatakan terpaksa melepaskan Pessoa disebabkan kecederaan panjang sebelum itu telah membataskan momentum penyerang tersebut untuk beraksi.
Selain itu, beberapa faktor lain turut dilihat Kim Swee untuk mengambil penyerang baharu tersebut bagi mengharungi baki saingan Liga-M musim ini.
https://twitter.com/portugalfootyen/status/1438620822558629888?s=21&t=ocig6RGZhQnVUxEpQo0XQw
“Kita tidak mengatakan Neto begitu ketara kehilangan ataupun prestasi yang menurun, tetapi kita perlu memastikan semua pemain terutamanya para pemain import perlu berada pada tahap yang cukup baik untuk bermain bersama Sabah FC.
“Kita harus memikirkan apakah langkah seterusnya, jadi saya membuat keputusan untuk menukarkan Neto kepada Embalo.
“Embalo sudah memulakan sesi latihan bersama Sabah FC. Kita yakin Embalo akan memberikan kesan besar dalam Sabah FC khususnya di bahagian serangan,” katanya menerusi laman rasmi Sabah FC.
Kim Swee juga berharap agar segala pengalaman Embalo ketika di Eropah dapat digunakan dengan baik untuk membantu pasukan selain cepat menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan.
“Kita perlu bagi sedikit masa kepada Embalo. Untuk perlawanan dengan Selangor FC, Embalo tidak akan diturunkan kerana beliau baharu sahaja tiba.
“Kita mempunyai beberapa hari lagi untuk memastikan Embalo berada pada tahap kecergasan yang baik sebelum kita bersedia menurunkan Embalo dalam perlawanan dengan Selangor FC mahupun Negeri Sembilan FC nanti,” katanya.
Untuk rekod, Embalo memulakan karier profesional selaku pemain bola sepak pada tahun 2012 ketika menyertai AEL Limassol di Cyprus sebelum bersama Beira-Mar untuk tahun 2014.
https://twitter.com/portugalfootyen/status/1505328743405047811?s=21&t=ocig6RGZhQnVUxEpQo0XQw
Setelah itu, Embalo menyertai pelbagai kelab setiap tahun sebelum menjadi milik Sabah pada musim ini dalam saingab Liga-M.
Penyerang berusia 29 tahun itu merupakan salah satu tonggak buat skuad kebangsaannya iaitu Guinea-Bissau dan telah meledak dua gol di peringkat antarabangsa.