Bekas Penyerang Muda Handalan Malaysia Kian Berbisa Buat Kedah

Bekas penyerang handalan skuad pembangunan Malaysia iaitu Aiman Afif secara tiba-tiba kembali menjadi sebutan ramai peminat ekoran ketajaman ditampilkan beliau di pentas domestik.

Nama Aiman Afif sebenarnya bukan suatu yang asing lagi dalam dunia bola sepak Malaysia selepas beliau menjadi antara muka penting buat skuad pembangunan negara di pentas antarabangsa.

Bermula selaku penyerang, Aiman juga beberapa kali dipertaruhkan selaku pemain tengah bertahan serta tengah menyerang untuk skuad muda Harimau Malaya.

Pernah muncul selaku antara penjaring terbanyak muda negara bersama Luqman Hakim Shamsudin di pentas antarabangsa, karier Aiman juga mengalami pasang surut ketika mewakili pasukannya, Kedah Darul Aman (Kedah).

Selepas beberapa musim bersama Kedah, tidak banyak boleh diperkatakan mengenai Aiman selepas beliau juga terhad daripada segi minit permainan untuk beraksi di atas padang.

Malah, pencapaian individu beliau buat skuad pembangunan negara selepas itu juga tidak begitu memberansangkan apabila tudak banyak pujian dapat diberikan kepada pemain itu.

Persaingan sengit membabitkan tonggak senior dan import di Kedah menjadikan Aiman terpaksa bergelut daripada segi prestasi sehingga nama beliau kurang mendapat perhatian dalam kalangan peminat.

Musim ini juga, Aiman sebenarnya kurang mendapat peluang terutama untuk membarisi kesebelasan terbaik Kedah dengan beliau hanya terlibat dalam enam perlawanan sahaja peringkat domestik tidak termasuk kejohanan MFL Challenge Cup.

Namun, nasib beliau mula berubah dengan lebih positif daripada segi pencapaian individu apabila Aiman sudah pun meledak tiga gol kini bersama Sang Kenari di pentas MFL Challenge Cup.

Musim ini mungkin menjadi detik terbaik buat Aiman setelah beliau mula mempamerkan taring sebenar selaku penyerang handalan tempatan, apabila dirinya sudah meledak tiga gol daripada tiga perlawanan kejohanan tersebut.

Jaringan itu juga merupakan satu jumlah yang terbesar dicatat Aiman bagi satu musim sepanjang menyarung jersi Sang Kenari di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Mendapat kepercayaan penuh daripada Victor Andrag, pemain berusia 23 tahun itu tidak mensia-siakan sebarang peluang untuk membuktikan bisa beliau di hadapan gawang gol.

Sudah tentu momentum positif ini menjadikan semangat Aiman untuk terus melonjak bagi mengharungi aksi seterusnya bersama Sang Kenari terutama pada pentas MFL Challenge Cup.

Bisa yang pernah ditampilkan beliau pada awal penampilan bersama Harimau Malaya itu kini terus ditagih peminat selain dirinya sendiri sudah tentu ingin membuktikan sesuatu dalam karier.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN