Bekas Penyerang Muda Colombia Dikaitkan Bersama JDT?

Bekas penyerang muda kebangsaan Colombia iaitu Jorge Obregon kini antara dikaitkan bakal menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/2025 dengan beberapa kelab sudah dikaitkan bersama beliau.

Menerusi perbincangan sesama penyokong di media sosial, Jorge kini dikaitkan bakal menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) seterusnya dengan beliau bakal mengisi posisi serangan kelab tersebut pada masa akan datang.

Melalui perkongsian dibuat oleh pemilik akaun The Croatian Lad di media sosial X, Jorge dilaporkan kini sudah pun meninggalkan kelab asalnya iaitu Rijeka dengan beliau akan menyambung karier di Malaysia.

“Jorge Obregon telah pun meninggalkan Rijeka, dengan beliau kini dilaporkan bakal menyambung karier di Malaysia.

“Rijeka bakal menerima €500 ribu untuk pelepasan penyerang Colombia itu menerusi laporan SN Reports,” ujar laman berkenaan semalam.

Walaupun tidak menyatakan kelab mana bakal disertai Jorge pada masa hadapan, ramai mengandaikan beliau bakal menyarung jersi Harimau Selatan atas beberapa faktor utama.

Antaranya, Jorge sudah pun mengikuti akaun ejen pemain iaitu Kiko Insa serta pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor (TMJ) di media sosial Instagram.

Untuk rekod, Jorge sebelum ini bersaing di kejohanan utama Croatia bersama Rijeka selama beberapa musim termasuk beraksi dalam aksi Kelayakan UEFA Conference League (UECL).

Sepanjang bersama Rijeka, pemain berusia 27 tahun itu sudah beraksi sebanyak 105 perlawanan serta meledak 17 gol bersama 10 bantuan jaringan secara keseluruhan.

Selain itu, beliau juga pernah menyarung jersi Santa Fe, Llaneros, Real Cartagena, Jaguares de Cordoba, Deportivo Municipal, serta Varazdin sebelum menyertai Rijeka.

Menerusi pengalaman serta umur Jorge kini, ia dianggap sangat sesuai untuk memperkukuhkan jentera serangan JDT sebagai pasangan kepada pemain kelahiran dari Brazil iaitu Bergson da Silva atau pelapis baharu beliau.

Malah, JDT juga boleh menjadi titik tolak baharu beliau dalam karier di Asia selepas beliau sebelum itu menghabiskan masa sebagai pemain profesional di pentas Eropah sejak awal pembangunan.

Walaupun begitu, belum ada kesahihan lebih jelas kini mengenai pemain tersebut untuk menyertai JDT atau mana-mana pasukan lain di Malaysia pada masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN