Bekas Penyerang Kedah Makin Berbisa Di Saingan Utama Thailand

Bekas penyerang Kedah Darul Aman (Kedah), Willian Lira nampaknya terus mengorak langkah positif di Thailand apabila ketajamannya makin terserlah bersama pasukan gergasi, Chonburi FC.

Nama Lira bukan sesuatu yang asing dalam kalangan penyokong bola sepak di Malaysia, apabila beliau pernah mewakili Sang Kenari pada awal musim 2023 bawah kendalian Nafuzi Zain.

Walaupun begitu, awal penampilan Lira kurang disenangi dalam kalangan penyokong kerana pemain dari Brazil itu masih belum dapat menyesuaikan diri bersama Sang Kenari sebelum beliau membuat keputusan untuk menyertai Chonburi FC.

Bersama Kedah, Lira sempat merakamkan lapan gol secara keseluruhan bersam dua bantuan jaringan daripada 15 perlawanan domestik dihadapi buat pasukan itu.

Di Thailand, Lira tidak mengambil masa yang lama untuk mempamerkan taringnya apabila beliau meledak dua gol pada aksi liga ketika mengikat seri 2-2 bersama Trat FC.

Untuk saingan Thai League 1 sahaja Lira sudah pun menjaringkan 12 gol serta dua bantuan jaringan daripada 19 perlawanan dihadapinya ketika ini.

Malah, beliau sudah pun mencatat lima gol secara keseluruhan daripada tiga aksi terakhir dihadapinya bersama Chonburi sebelum itu untuk meletakkan dirinya selaku antara penyerang cukup berbisa di Thailand.

Ia termasuklah dengan aksi terbaharu ketika Lira mencatat hatrik sewaktu Chonburi FC menewaskan Sukhothai FC menerusi kemenangan 3-1 bersama aksi cukup menyakinkan.

Pada aksi tersebut, Lira mempamerkan momentum cukup tinggi selaku penyerang utama Chonburi selepas beliau tidak mempersiakan sebarang umpanan untuk memastikan ianya diterjemahkan dalam bentuk gol.

Jaringan itu memastikan Lira kini berada di tangga kedua selaku penjaring terbanyak Thai League 1 di belakang Woo Geun-jang dengan hanya dibezakan satu gol sahaja.

Penyerang Buriram United iaitu Supachai Jaided konsisten mengekori rapat Lira di tangga ketiga bersama Teerasak Poeiphimai dengan masing-masing meledak 11 gol.

Di tangga kelima, penyerang kelahiran Brazil yang beraksi untuk True Bangkok United iaitu Willen Mota sudah pun merekodkan 10 gol secara keseluruhan.

Ketika ini, Chonburi berada di tangga ke-10 liga dengan mengumpul 20 mata daripada 19 perlawanan dihadapi menerusi lima kemenangan, lima seri, serta sembilan kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN