Bekas penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins berada di dalam keadaan kritikal selepas menghadapi serangan jantung. Wilkins kini sedang dirawat di Hospital George, London.
Wilkins yang turut pernah beraksi bersama Chelsea dan Manchester United ketika karier sebagai pemain, membantu melatih The Blues dan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA ketika kelab London itu di bawah kendalian Carlo Ancelotti pada musin 2009/10.
Menurut laporan, Wilkins dikejarkan ke unit kecemasan hospital setelah rebah di kediamannya do Cobham, Surrey.
Isteri kepada Wilkins ketika bercakap kepada Dauly Mirror telah dipetik sebagai berkata:
“Ray Wilkins berada di hospital. Beliau mengalami serangan jantung dan masih berada di unit kawalan rapi.”
“Buat masa ini, keadaannya tidak nampak berapa bagus dan masih berada di fasa kritikal.”
“Serangan jantung tersebut menyebabkan Wilkins jatuh rebah. Buat masa ini, beliau masih diletakkan di dalam keadaan koma.”
“Situasinya amat teruk buat masa ini.”
Selain daripada pernah membantu menguruskan Chelsea, adakalanya Wilkins bertugas sebagai pundit. Sebelum rebah Wilkins telah membuat kemunculan di dalam rancangan Alan Brazil di TalkSport dalam rncangan sesi pagi.
The thoughts of everybody at Chelsea Football Club are with Ray Wilkins and his family tonight. Keep fighting Ray, you have our love and support. pic.twitter.com/egOapZhDYN
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 30, 2018
Sokongan terus diberikan buat Wilkins di media sosial dengan beberapa bekas pemain seperti Michael Ballack,John Terry, Didier Drogba dan Frank Lampard antara individu yang tampil memberikan kata-kata sokongan.
Selain daripada pernah beraksi bersama Manchester United dan Chelsea, Wilkins turut pernag tampil untuk England sebanyak 84 kali, dan menjaringkan 3 gol untuk negaranya.
Wilkins turut pernag menjadi kapten skuad kebangsaan England sebanyak 10 kali dan bersara pada musim 1996/97 sebagai pemain ketika beraksi bersama Leyton Orient.