Bekas Penjaring Terbanyak SC Beira-Mar Rasmi Diikat Penang Untuk Musim Ini

Penang secara rasminya telah pun memperkenalkan penyerang import baharu mereka dari Brazil untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/2025 iaitu Rodrigo Dias.

Ianya diperkenalkan secara rasmi melalui media Penang selepas beberapa pembayang telah pun dikeluarkan pasukan tersebut mengenai penyerang baharu mereka itu.

“Selamat datang..! Memperkenalkan pemain baharu pasukan Penang FC musim 2024/25, Rodrigo Dias dari Brazil kini Harimau Kumbang..!

“Rodrigo Da Silva Dias, lahir pada 26 Januari 1994 di Governador Valadares, merupakan pemain bola sepak profesional dari Brazil yang sebelum ini bermain sebagai penyerang untuk kelab V. League 1 Nam Dịnh.

“Pada tahun 2009, dia telah menyertai Akademi Cruzeiro di Brazil dan selepas mengembangkan kemahiran bola sepaknya di peringkat akademi, dia mendapat kontrak profesional pertamanya bersama pasukan senior Cruzeiro.

“Pada 2017, dia kemudiannya berpindah ke Uberaba, dan Democrata. Di Democrata, dia telah bermain dalam 15 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol.

“Selepas musim yang mengagumkan di Democrata, dia kemudiannya berpindah ke Nacional de Muriaé, di mana dia bermain dalam lapan perlawanan liga, sebelum mendapat tawaran yang lebih baik untuk pergi ke Rio.

“Pada Jun 2018, Rodrigo berpindah ke Portugal dan menandatangani kontrak dengan Beira-Mar. Dia adalah penjaring terbanyak untuk Beira-Mar, dengan menjaringkan 20 gol di dalam liga.

“Pada Julai 2019, Rodrigo menandatangani kontrak dengan kelab Vietnam Quảng Nam, untuk 2 musim, kemuadian ke kelab Da Nang FC dan Nam Dinh FC masing-masing selama 1 musim sebelum ke Liga Kuwait untuk bersama pasukan Khaitan FC.

“Welcome to the home of Panthers…! Sekali Harimau Kumbang, Selamanya Harimau Kumbang..!,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, Penang telah pun mengekalkan ramai pemain tempatan berkualiti mereka untuk mengharungi saingan hadapan seperti Al-Hafiz Harun, Amer Azahar, dan ramai lagi bintang lain.

Malah, pasukan tersebut juga turut mengekalkan pemain import dari Brazil iaitu Rafael Vitor yang sudah pun bertindak cemerlang selaku pertahanan utama pasukan tersebut sejak beberapa musim.

Lebih menarik, Penang turut menandatangani khidmat penjaga gol muda Harimau Malaya yang terpilih ke saingan Piala Asia 2023 lalu, Sikh Izhan Nazrel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN