Bekas Penjaring Terbanyak Piala Dunia Remaja Bakal Sertai Kedah?

Saingan Liga Malaysia (Liga-M) bakal berlangsung tidak lama lagi, dengan setiap pasukan bertanding mula sibuk mempersiapkan diri untuk tampil lebih baik berbamding tahun lalu.

Salah satu pasukan yang kini semakin rancak memperkenalkan barisan pemain baharu mereka ialah Kedah Darul Aman (KDA), selepas beberapa pengumuman rasmi dibuat semalam.

KDA yang membuat rombakan pada tahun ini sah menggugurkan lima pemain import mereka pada musim lalu untuk digantikan kepada muka-muka baharu.

Antara pemain import yang mencuri tumpuan terarah kepada bekas tonggak utama serangan Sri Pahang tahun lalu iaitu Manuel Hidalgo.

Hidalgo secara rasminya menjadi pemain Sang Kenari selepas dua musim menabur bakti bersama Sri Pahang serta memberikan impak sangat besar buat pasukan tersebut.

Selain itu, KDA juga sah menandatangani khidmat penyerang baharu mereka dari Brazil iaitu Willian Lira yang sebelum ini beraksi di Jepun.

Sesuatu yang menarik mengenai Lira sebelum itu, beliau berjaya membantu pasukannya iaitu Ventforet Kofu menjuarai Emperor’s Cup dan menempah tiket ke saingan AFC Champions League 2023.

Terbaharu, KDA dijangka akan membawa beberapa lagi pemain baharu mereka untuk diperkenalkan pada musim 2023 bagi mencabar kejuaraan domestik.

Menurut info yang kami terima, Sang Kenari kini dikhabarkan bakal membawa bekas penyerang kebangsaan Ghana yang sebelum itu beraksi dalam saingan Ligue 2 di Perancis.

Pemain tersebut ialah Ebenezer Kofi Assifuah-Inkoom dan beliau merupakan bekas pemain skuad Piala Dunia bawah 20 (B-20) Ghana pada tahun 2013.

Ebenezer bakal menjadi pemain ketujuh yang ditandatangani KDA sekiranya semua berjalan lancar setelah kini pasukan tersebut sudah pun mempunyai 6 pemain import.

Pemain berusia 29 tahun ini memiliki pengalaman yang sangat luas di Eropah bersama beberapa siri kejayaan turut ditempa bersama Ghana.

Tahun 2013 menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat Ebenezer, selepas kejayaan beliau membantu Ghana meraih gelaran ketiga terbaik untuk saingan Piala Dunia B-20 selain merekodkan selaku penjaring terbanyak kejohanan.

Untuk saingan African Youth Championship, Ebenezer menjadi antara tunjang utama kekuatan Ghana untuk membantu pasukan tersebut mara ke final.

Penyerang yang berasal dari Accra itu juga pernah beraksi bersama beberapa kelab di Eropah seperti Sion, Le Havre, dan Pau FC di Perancis.

Kelebihan Ebenezer yang boleh menggunakan kedua kaki untuk melepaskan rembatan di hadapan gol pastinya menjadi aset terbaik buat KDA dan membentuk gandingan baharu bersama Willian Lira.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN