Bekas Penjaga Gol Terengganu FC, Wan Azraie Wan Teh Sertai Sabah FA

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) telah mengikat penjaga gol Terengganu FC, Wan Azraie Wan Teh untuk saingan Liga Malaysia 2020.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Wan Azraie melalui satu laporan di Berita Harian pada hari ini yang bertekad membalas kepercayaan pengurusan skuad Tambadau dengan memberikan aksi terbaik di setiap perlawanan sekiranya diturunkan di dalam kesebelasan utama.

AKSI Wan Muhammad Azraie (dua dari kanan) ketika menentang Perak pada saingan Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak. – Foto Muhaizan Yahya

“Alhamdulillah pada usia kini rezeki untuk bermain bola sepak masih ada selepas mendapat tawaran daripada pasukan Liga Super, Sabah ujar beliau kepada akhbar nasional negara itu.

“Impian utama saya bersama pasukan baharu ini sudah pasti mahu mempamerkan aksi terbaik dan mahu bermain dalam setiap perlawanan bukannya sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Justeru saya perlu tingkatkan usaha untuk bersaing secara sihat dengan pemain yang berada dalam posisi sama dalam kancah liga yang kian mencabar musim 2020,” ujar penjaga gol berusia 33 tahun itu.

Wan Azraie adalah antara 12 pemain yang dilepaskan oleh Terengganu FC selepas tamat saingan Liga Malaysia 2019 yang lalu.

Pada musim lalu, beliau lebih banyak berperanan sebagai penjaga gol kedua di belakang Muhammad Ilham Amirullah, selepas kematian Suffian Abdul Rahman pada 17 Ogos lalu akibat masalah jantung.

Wan Azraie memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama Shahzan Muda 2009, dan turut pernah beraksi bersama pasukan T-Team dan Pahang sebelum ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN