Bekas Penjaga Gol Newcastle Tolak Tawaran Jadi Calon Datuk Bandar North Of Tyne

Steve Harper

Bekas penjaga gol Newcastle United, Steve Harper dilaporkan telah menolak untuk menjadi calon pemilihan Datuk Bandar di England. Pemilihan Datuk Bandar North of Tyne akan dilangsungkan pada awal Mei ini.

Bercakap tapi tak berminat

Steve kini berusia 43 tahun dan menjadi penaung kepada Newcastle United Foundation. Beliau mengakui ada berbual mengenai isu ini tetapi tidaklah terlalu serius untuk bertanding.

Pemilihan Datuk Bandar North of Tyne ini pertama kali diadakan. Antara bandar raya yang berada di dalam wilayah ini ialah Newcastle dan Sunderland.

Steve Harper juga mengakui meminati arena politik tetapi tidak menjadi aktif menjadi ahli bagi sesebuah parti siasah.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan akan memasuki dunia politik sekaligus bertanding pada masa hadapan.

Beliau pernah menyarung jersi Hull City selepas meninggalkan Newcastle United.

Menuruti jalan?

Sol Campbell ketika cuba menceburi era politik kepartian di Britain. Sumber: TotalPolitics.com

Pemain bola sepak yang meminati dunia politik tidaklah asing di Britain. Apatah lagi untuk menyertai dengan lebih serius dan sepenuh masa.

Sebelum ini, Sol Campbell pernah menawarkan diri untuk disenarai pendek sebuah parti politik di Britain bagi pemilihan Datuk Bandar London.

Parti yang dimaksudkan ialah Parti Konservatif berhaluan kanan. Namun, nama Sol Campbell tidak memasuki senarai akhir pemilihan dalaman parti.

Kini, bekas pertahanan Tottenham dan Arsenal ini menjadi pengurus di Macclesfield Town.

Frank Lampard juga pernah digosipkan untuk menjadi calon bagi sebuah kawasan parlimen di London dalam Pilihan Raya Umum 2015. Juga bagi mewakili Parti Konservatif.

Tetapi, Frank pada ketika itu masih beraksi untuk Manchester City turut menolak laporan itu.

Menjadi penggubal undang-undang mungkin tidak mudah. Apatah lagi pernah mematuhinya walaupun di padang bola sepak. Mungkin sokongan penyokong di kelab akan berbelah bahagi kepada parti yang diwakili oleh mereka?

Kita pun pernah hadapi, bukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN