Bekas Penjaga Gol Legenda Indonesia Kini Jalani Kehidupan Sebagai Penjual Kerepek

Jika disebut nama Kurnia Meiga, pastinya para penyokong bola sepak Indonesia cukup mengenali individu tersebut yang pernah tampil begitu hebat di pentas antarabangsa bersama Sang Garuda selaku penjaga gol.

Tidak hanya penyokong Indonesia, malah rata-rata penyokong Harimau Malaya juga sudah tentu mengenai beliau yang hampir sahaja meranapkan peluang Malaysia untuk muncul selaku juara Sukan SEA 2011.

Jaringan penalti terakhir yang diambil Baddrol Bakhtiar ketika itu jelas menjadi sesuatu yang sangat mendebarkan untuk rakyat Malaysia yang berharap ia dimuktamadkan ke arah gol.

Sepakan diambil bekas pemain Kedah Darul Aman (Kedah) ketika itu sebenarnya berjaya ditampan sedikit oleh Meiga sebelum bola itu terus meluru ke dalam gawang Indonesia untuk memberi pingat emas buat pasukan kebangsaan.

Nama Meiga pada suatu ketika boleh dianggap cukup hebat dan tidak tertakluk di Indonesia tetapi ke pentas Asia Tenggara menerusi beberapa siri kejayaan diperoleh beliau.

Antara kejayaan individu diraih bekas pemain Sang Garuda ini ialah pemain terbaik dalam saingan Liga Indonesia pada musim 2009/2010, penjaga gol terbaik saingan AFF 2016, kesebelasan terbaik AFF 2016, serta kesebelasan terbaik Asia Tenggara 2017.

Walaupun begitu, langit tidak sentiasa cerah buat Meiga dan memetik kepada dua daripada lima perkara iaitu sihat sebelum sakit serta kaya sebelum miskin, itulah yang sedang dihadapi oleh beliau.

Meiga kini sudah tidak aktif di atas padang selaku pemain bola sepak, selepas beliau menderita penyakit di bahagian mata yang disebut sebagai Papilledema sejak 2017.

Kesan daripada sakit itu, Meiga kini menumpukan kepada perniagaan kerepek sahaja dan memasarkannya menerusi media sosial dengan diberi jenama 1KM yang merupakan gelaran beliau ketika aktif suatu ketika di atas padang.

Suatu ketika, para penyokong pernah mempersoalkan mengapa Meiga tidak lagi kelihatan dalam industri bola sepak dan berdiam diri untuk memberi penjelasan sebenar tatkala prestasi beliau sedang memuncak.

Baik Meiga atau ahli keluarga terdekat, semuanya mengambil sikap untuk berdiam diri sehingga menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat mengenai keadaan penjaga gol tersebut.

Laporan terkini daripada CNN Indonesia, Meiga masih lagi belum sembuh daripada penyakit dihidapinya serta masih perlu membuat rawatan susulan di hospital mengenai keadaan semasa beliau.

Tidak kenal erti mengalah, Meiga terus berjuang ketika ini dengan menjual kerepek menerusi media sosial dan sebelum itu ada laporan menyatakan beliau turut menjual segala pingat pernah dimenanginya suatu ketika kepada orang ramai.

Walaupun begitu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) juga tidak berdiam diri dengan Ketua Umum (Ketum) mereka iaitu Erick Thohir dilaporkan hadir memberi bantuan sejak tahun lalu untuk meringankan beban Meiga.

Selain itu, Meiga turut mendapat bantuan daripada Yayasan Bakti Sepak Bola Indonesia yang membuat renovasi kepada rumah pemain tersebut untuk menjadi lebih baik serta selesa didiami.

Sepanjang karier beliau selaku pemain bola sepak, Meiga pernah mewakili Arema dan memulakan karier di peringkat pembangunan bersama Diklat Ragunan serta Persijap Jepara.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan semoga Meiga kembali diberi kesembuhan serta terus cekal melalui liku kehidupan dan menjadi contoh terbaik buat semua untuk menjadi inspirasi kepada semua masyarakat di luar sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN