Derbi Manchester di Old Trafford pada Sabtu menyaksikan Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 2-1.
Jaringan pendahuluan The Citizen menerusi tandukan Jack Grealish dipadam oleh dua gol pantas Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.
Namun jaringan penyamaan Fernandes pada minit ke-78 telah menimbulkan perbedatan. Jadi kenapa ia tetap disahkan oleh pengadil perlawanan?
https://twitter.com/FPLSenior/status/1614332695735304192?s=20&t=ee0dz533_Nhy6tsMvhDttA
Lorongan Casemiro melepasi barisan pertahanan City dan dikejar oleh Rashford yang berada pada kedudukan ofsaid dan larian, namun penyerang England tersebut tidak menyentuh bola sehinggalah Fernandes melepaskan rembatan menewaskan Ederson.
Penjaga garisan Darren Cann pada awalnya telah mengangkat bendera untuk membatalkan jaringan tersebut. Namun telah meminta pemain United untuk menunggu pengadil bantuan video (VAR) Michael Oliver untuk membuat semakan.
Ulang tayang jelas menunjukkan Rashford berada pada kedudukan ofsaid, namun selepas berbincang, pengadil utama Stuart Antwell bersetuju Rashford tidak mengganggu permainan dan mengesahkan jaringan tersebut.
Keputusan tersebut mendapat bantahan City yang mendakwa Rashford telah menghalang pergerakan Manuel Akanji yang berada paling dekat dengannya.
Jack Grealish, Harry Maguire and Pep Guardiola 'at the centre of a tunnel clash after the Manchester derby'
Rashford proclaimed his innocence over Bruno Fernandes' goal but City stars were sure he was interfering with play pic.twitter.com/Rbai0vidYh
— Lilian Chan (@bestgug) January 14, 2023
Bekas pengadil EPL, Peter Walton dalam temubualnya bersama BT Sport memberikan pandangannya mengenai situasi tersebut.
“Anda betul mengatakan bahawa Rashford telah membuat larian untuk mendapatkan bola, tetapi dia tidak mengganggu pergerakan bola dan tidak bermain dengannya,” jelas Walton.
“Bendera dinaikkan kerana kedudukan ofsaid, tetapi apabila VAR membuat semakan ke atasnya dan pembantu pengadil berbincang dengan Stuar Atwell, saya juga merasakan ia gol yang sah.”
Fernandes dalam temubual selepas perlawanan juga menjelaskan kenapa golnya dibenarkan kerana kedudukannya yang sedang menghadap gol lawan.
“Saya sedang menghadap gol dan Marcus [Rashford] merasakan saya berada pada kedudukan yang lebih baik [untuk membuat percubaan],” Fernandes merujuk kepada tindakan Rashford melepaskan bola kepadanya.
“Saya tak tahu jika mana-mana antara kami ada yang ofsaid ataupun tidak, tetap saya rasa ia tidak memberi apa-apa perbezaan kerana tiada sesiapa yang berada dekat dengannya, sedangkan pasukan lawan perlu mengawalnya. Yang paling dekat dengan dia pun saya.
“Sejujurnya amat penting untuk menang setiap perlawanan, seperti yang dipesan oleh pengurus [Ten Hag] sebelum perlawanan bermula.
“Tidak kira siapa pun pasukan lawan, apa yang penting adalah menang dan kami berjaya melakukannya. Sangat menakjubkan kami dapat bangkit dari ketinggalan hasil usaha dari pasukan.
“Saya juga katakan kepada semua pemain, “kita sekarang lebih terlibat sebagai sebuah pasukan”. Sekarang kamu boleh lihat sebuah pasukan yang bekerja keras antara satu sama lain, dan ianya telah terbayar.”