Bekas Pencari Bakat & Jurulatih Man City Hadapi Tuduhan Liwat

Seorang jurulatih warga British, Barry Bennell didakwa di mahkamah United Kingdom (UK) baru-baru ini atas kesalahan meliwat dan mencederakan seorang pelatih akademi.

Chris Unsworth (gambar bawah), kini berusia 45 tahun mendakwa Bennell yang kini berusia 64 tahun menjadikan beliau sebagai mangsa liwat setelah Bennell mengesan bakat bola sepak beliau untuk menyertai Manchester City.

Kredit: BBC

Unsworth dalam satu pengakuan di mahkamah berkata, kejadian jenayah seksual terhadap dirinya berlaku sebaik sahaja beliau menyertai Manchester City, dan berlaku pada hari pertama ketika Bennell memandu beliau ke pusat latihan kelab berkenaan.

Unsworth yang membenarkan orang awam mengenali beliau sebagai salah seorang saksi, berkata demikian di kandang saksi Liverpool Crown Court di barat laut England.

Unsworth merupakan mangsa kedua daripada sebelas kesemuanya yang akan tampil memberi keterangan sebagai mangsa dan juga saksi terhadap perbuatan Bennell.

Skandal penderaan seksual membabitkan Barry Bennell mulai didedahkan pada pertengahan November 2016, membabitkan pelatih dan bakat muda di Crew Alexandra dan Manchester City.

Former footballers and victims of abuse Steve Walters (L) and Andy Woodward (C) speak during a press conference at the launch of The Offside Trust in Manchester on December 5, 2016. The Offside Trust was launched to help victims of abuse and has been created by Andy Woodward, Steve Walters and Chris Unsworth, who were all the victims of historic child abuse.
/ AFP PHOTO / PAUL ELLIS (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Unsworth berkata kejadian jenayah seksual akan bermula di dalam kereta dengan permainan yang digelar oleh Bennell sebagai ‘Ikuti Saya’.

“Dia akan menggerakkan tangan di sekeliling badan di sebelah luar pakaian, mulai membuatkan anda rasa geli. Anda juga harus melakukan perkara yang sama terhadapnya,” ujar Unsworth kepada mahkamah.

Unsworth turut berkata permainan tersebut akan berterusan sehinggalah tangan Bennell mulai memasuki pakaian, termasuklah seluar dalam beliau.

Kejadian tersebut juga dikatakan akan berterusan ketika berada di rumah Bennell.

Permainan ‘Ikuti Saya’ oleh Bennell kebiasaannya akan diakhiri dengan hubungan secara seksual. Unsworth turut berkata Bennell biasanya akan tidur bersama dua orang lagi pelatih.

“Anda sentiasa terpaksa mengikuti arahan yang diberikan oleh beliau. Dan saya sentiasa berharap diri saya bukan pilihan beliau,” kata Unsworth.

Barry Bennell

Unsworth berkata aktiviti-aktiviti gangguan seksual terhadap dirinya oleh Bennell berterusan, dan akhirnya dirinya diliwat oleh jurulatih itu tidak kurang dari 100 kali. Unsworth turt pernah berkata kepada BBC, bahawa beliau tidak pernah mendedahkan perkara tersebut kepada sesiapa kerana rasa malu.

“Saya tidak akan melupakan kejadian tersebut pertama kali ia berlaku. Saya hanya menangis kerana kesakitan. Kejadian tersebut seperti berlaku selama berjam-jam lamanya. Hakikatnya, ia hanya berlaku selama 2 atau 3 minit sahaja.”

Bekas pelatih akademi Manchester City itu turut berkata bahawa hubungan secara seksual dengan Bennell mulai berkurangan apabila beliau mulai akil baligh.

Unsworth kemudiannya berhenti daripada mengikuti latihan dan juga bola sepak, kerana berpendapat dirinya sudah tidak sanggup untuk diperlakukan sedemikian oleh Bennell.

Barry Bennell (dibulatkan) bersama-sama pelatih di kelab Crew Alexandra pada 1986. Sumber: Daily Mail.

Bennell yang tidak dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar pendakwaan terhadapnya hanya dihubungkan ke perbicaraan tersebut melalui panggilan video.

Bennell kini berhadapan dengan 48 pendakwaan berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukannya di antara 1979 sehingga 1990.

Sebelum ini para juri memutuskan Bennell adalah seorang penjenayah seksual dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap bekas jurulatih itu. Sehingga kini, Bennell telah mengakui 7 daripada pertuduhan yang didakwa ke atas dirinya.

Dalam kes pendakwaan oleh Chris Unsworth, Bennell menafikan dakwaan bekas pemainnya itu, dan berkata beliau mempunyai mangsa lain ketika mengenali Unsworth.

Perbicaraan salah laku jenayah seksual terhadap Barry Bennell yang mulai pada hari ini dijangka akan berlarutan selama 8 minggu seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN