Bekas Penaja Liga Malaysia, TM Catat Kenaikkan Keuntungan Hampir 100%

Telekom Malaysia Bhd (TM) dilaporkan mencatat keuntungan mencecah RM308.3 juta pada suku pertama tahun ini yang berakhir 31 Mac 2019. Keuntungan tersebut adalah nilai yang ditafsir selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan – sekaligus merekodkan lonjakan keuntungan sebanyak 96.2% berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Jumlah perolehan sebelum faedah dan cukai Telekom pula merekodkan nilai RM504.8 juta, berbanding RM195.6 juta untuk tempoh Januari sehingga Mac tahun lalu, dipercayai disebabkan oleh pengurangan kos-kos operasi.

Bekas penaja Liga Malaysia

Telekom Malaysia adalah badan koporat yang merupakan bekas penaja kepada Liga Malaysia.

TM sebelum ini menandatangani kontrak bernilai RM480 juta bersama Malaysian Football Leahue (MFL) untuk tempoh selama lapan tahun pada 29 Januari tahun lalu.


Namun selepas hanya semusim bekerjasama sebagai penaja utama pertandingan, MFL pada Mac lalu terpaksa mengambil langkah ‘memutuskan hubungan’ dengan TM.

“Seperti kita pernah umumkan dahulu, kita sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik kepada TM dan mahu memberi mereka masa untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Selain itu MFL sudah banyak kali berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan pihak TM tetapi langkah itu menemui jalan buntu. Jadi MFL tidak boleh terus menunggu kerana kita ada tanggungjawab untuk menguruskan Liga M,” kata Tunku Ismail menerusi teks dibacakan Kevin pada Mac lalu.

Foto: Berita Harian

Keputusan tersebut diambil selepas tindakan TM mendiamkan diri mengenai penglibatan mereka di Liga Malaysia. Sebelum itu -sebelum bermula kempen Liga Malaysia 2019 – khabar angin bertiup kencang mengenai penarikan diri badan itu sebagai penaja.

“Saya sendiri tak menjangka TM akan melakukan perkara ini kepada bola sepak Malaysia yang sudah menjadi seakan nadi seharian puluhan juta rakyat Malaysia.

“Kami tahu mungkin kerajaan atau TM mempunyai keutamaan lain tapi mereka tidak boleh membiarkan sukan nombor satu negara yang menyatukan negara menderita kerana tindakan ini. Inilah yang akan berlaku apabila sukan dipolitikkan.

“Namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk terus maju tanpa mereka kerana bola sepak ini adalah milik rakyat. Kita masih ada penaja dan pelabur dari pihak lain yang bersama kami dan ada penaja baru yang akan muncul. Itu sudah pasti.

“MFL sentiasa mengorak langkah untuk menjaga kepentingan pasukan dengan mencari jalan mengukuhkan kewangan pasukan bertanding dalam Liga M.

“Ini kerana bola sepak bukan saja dinilai daripada aspek komersial tetapi sukan nombor satu negara ini adalah medium penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jadi ia menjadi tanggungjawab bersama untuk memajukan sukan bola sepak,” tambah Tunku Ismail ketika itu.

Berikutan kegagalan TM menunaikan tajaan berlandaskan kontrak, MFL telah bertindak menyaman syarikat telekomunikasi tersebut juga pada Mac lalu

Penaja baru

Sementara itu baru-baru ini, Tunku Ismail memberitahu pihak MFL sedang berusaha keras untuk membawa penaja dari luar negara datang melabur bola sepak tempatan.

Bagaimanapun baginda mengambil pendekatan kunci mulut ketika ditanya identiti syarikat-syarikat luar negara tersebut.

“Insyaallah kita akan ada syarikat daripada luar negara dan saya tak boleh sebut nama syarikat tersebut kerana kita perlu mendapat pengesahan dahulu dan keyakinan daripada mereka untuk menaja bola sepak tanah air kita,” titah baginda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN