Bekas Pemain Tengah Senegal Jadi Pilihan Kelantan United?

Pencabar baharu Liga Super musim depan iaitu Kelantan United menjadi salah satu pasukan yang masih lagi misteri mengenai persiapan semasa mereka dan mencetuskan tanda tanya buat para peminat.

Sebelum ini pasukan tersebut mencatat kedudukan kelima terbaik Liga Premier musim 2022 dengan merekodkan enam kemenangan daripada 18 perlawanan dilalui.

Dikhabarkan ada sedikit rombakan bakal dibuat pasukan tersebut mengenai perpindahan terbaharu dalam kalangan pemain tempatan dan import untuk penambah baikan.

Menerusi perkongsian daripada wartawan The Star iaitu T. Avineshwaran, beliau memaklumkan pasukan tersebut bakal mengikat bekas pemain import Kelantan suatu ketika, Morgaro Gomis.

“Difahamkan Kelantan United mungkin akan mendapatkan bekas pemain tengah Birmingham City dan Kelantan iaitu Morgaro Gomis,” jelas beliau menerusi Twitter semalam.

Para penyokong Kelantan pastinya mengenali pemain tersebut, selepas Gomis tampil beraksi dengan sangat cemerlang ketika mewakili The Red Warriors suatu ketika.

Dan kini, peluang untuk para penyokong negeri tersebut melihat Gomis mungkin akan tercapai, walaupun beliau bakal bersama Kelantan United.

Pemain tengah Senegal itu ketika ini dilaporkan sedang beraksi dalam saingan Scottish League One bersama Clyde FC sejak tahun lalu.

Gomis yang kini berusia 37 dilihat mempunyai pengalaman yang cukup luas di Eropah, setelah beliau sebelum itu pernah mewakili beberapa kelab ternama seperti Motnpellier, Dundee United, dan Birmingham.

Selain Gomis, pasukan tersebut juga dilihat bakal mendapat sentuhan beberapa pemain tempatan berpengalaman untuk memperkukuhkan barisan skuad musim 2023.

Dua daripadanya merupakan bekas tonggak Kedah Darul Aman (KDA) iaitu pemain serangan, Syazwan Zainon serta Khairu Azrin.

Selain itu, difahamkan juga pasukan tersebut bakal mengikat salah seorang pemain paling senior dalam negara ketika ini iaitu Indra Putra Mahayuddin untuk menambah sengat di posisi serangan.

Jika segalanya berjalan lancar, Kelantan United bakal dihiasi dengan gabungan antara pemain muda berpotensi tinggi bersama tonggak-tonggak senior baharu untuk mencabar pasukan lain pada musim depan.

https://twitter.com/bcfcxjack/status/1398305549159108611?s=46&t=luowRPGH3OCNSLmeiLIYGA

Segalanya kini hanya perlu menunggu keputusan rasmi daripada pihak pengurusan pasukan itu sahaja untuk memperkenalkan barisan pemain tempatan dan import baharu untuk tatapan para peminat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN