Bekas Pemain Tengah Everton Li Tie Dilantik Sebagai Pengendali Baharu China

Mungkin peminat Liga Perdana Inggeris masih ingat dengan kelibat Li Tie, pemain tengah China yang beraksi untuk Everton sekitar tahun 2002 hingga 2006. Beliau kini telah sah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan China.

Jurulatih berusia 42 tahun itu menggantikan Marcello Lippi yang telah meletakkan jawatan pada November 2019 selepas China tewas mengejut kepada Syria 2-1 dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sepanjang beraksi buat skuad kebangsaan China, beliau telah membuat 92 penampilan dan bermain dalam pusingan akhir kejohanan Piala Dunia 2002.

Li telah dipilih daripada tiga orang calon yang telah disenarai pendek oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) dan tugasan utamanya pada tahun ini adalah Kejohanan Bola Sepak Asia Timur yang akan berlangsung di Korea Selatan pada Disember nanti.

Beliau tiba di Goodison Park secara pinjaman dari kelab Liaoning FC pada 2002 dan beraksi dalam 40 perlawanan di bawah kendalian David Moyes dan menjadi rakan sepasukan Wayne Rooney sebelum berpindah ke Sheffield United pada 2006.

Namun Li hanya tampil dalam satu perlawanan sahaja untuk The Blades sepanjang dua musim bersama pasukan itu sebelum pulang ke China pada 2008.

Selepas bersara sebagai pemain pada 2011, Li dilantik menjadi penolong pengurus di Guangzhou Evergrande di bawah kendalian Lippi selama beberapa tahun. Kelab tersebut menjulang trofi Liga Juara-Juara Asia pada 2013 dan Li kemudian menyertai pasukan negaranya sebagai penolong pengurus pada 2014.

SHENYANG, CHINA – MAY 18: China national football team manager Marcello Lippi and assistant coach Li Tie attend the opening ceremony of Litie No.8 Football Park on May 18, 2017 in Shenyang, Liaoning Province of China. (Photo by Visual China Group via Getty Images/Visual China Group via Getty Images)

Kemudian kerjaya Li sebagai jurulatih terus berkembang dengan menyertai Hebei Fortune sebagai penolong jurulatih dan setahun kemudian dilantik pula menjadi ketua jurulatih pasukan tersebut.

Pada 2016 sekali lagi khidmat Li ditagih skuad kebangsaan China sebagai penolong jurulatih kepada Marcello lippi namun hanya bertahan selama setahun dan selepas itu beliau menyertai Wuhan Zall.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN