Bekas Pemain Kebangsaan Belanda Sertai Revolusi Harimau Malaya?

Bekas pemain Belanda bawah 20 (B-20) iaitu Hector Hevel dilaporkan bakal menjadi pemain warisan terbaharu Harimau Malaya, selepas ia didedahkan oleh laman Portimonense beberapa jam lalu.

Umum mengetahui Portimonense merupakan salah satu kelab berpengaruh di Portugal yang kini bermain di saingan divisyen kedua, dan pasukan itu sebelum ini telah mengumumkan tiga pemain mereka dipanggil mewakili skuad kebangsaan masing-masing.

Tiga pemain tersebut ialah Tamble Monteiro (Guinea-Bissau), Kristofer Kait (Estonia), dan paling mencuri tumpuan terarah kepada Hector Hevel yang mewakili Malaysia.

Menariknya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam langsung tidak menyenaraikan nama pemain tersebut untuk pasukan kebangsaan, dan ini mungkin bertujuan untuk mengejutkan para peminat.

Apapun, laman Portimonense sendiri telah mendedahkan perkara tersebut dan pastinya ia kini menjadi bualan ramai para peminat Harimau Malaya yang tidak sabar melihat kelibat tonggak tersebut.

Untuk rekod, Hector sebelum ini telah pun beraksi bersama skuad pembangunan Belanda sebelum namanya tidak lagi dipanggil mewakili pasukan senior negara tersebut.

Beraksi di posisi tengah menyerang, beliau telah mencipta 303 penampilan sepanjang dalam karier bola sepak serta meledak 33 gol dan 44 bantuan jaringan.

Musim ini beliau beraksi untuk Portimonense di saingan divisyen kedua Portugal serta telah merekodkan lima perlawanan dan mencipta satu bantuan jaringan untuk pasukan berkenaan.

Selain itu, Fina Nasrom selaku wartawan Astro Arena turut melaporkan tiga pemain warisan baharu lain turut akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dengan membawa status berbeza.

“Di fahamkan 3 pemain berdarah warisan bakal tiba di Msia dim masa tdekat. 2 drp mereka berasal dari Uzbek & Sepanyol akan melengkapi bahagian tengah & pertahanan Harimau Malaya.

“Masih dim status ‘final doc’ & di jangka bersama pasukan jalani latihan hari pertama 17 Mac ini,” ujar Fina menerusi media sosial X semalam dan mendapat perhatian ramai peminat bola sepak kebangsaan.

Salah seorang pemain yang didedahkan Fina ialah seorang pertahanan dari Sepanyol dan beraksi untuk Sabah ‘FK’ iaitu Jon Irazabal serta dijangka menyertai kem kebangsaan pada 17 Mac akan datang.

“Di fahamkan pemain dari Liga Azerbaijan, Sabah ‘FK’, Jon Irazabal salah seorang dari 3 pemain berdarah warisan yang bakal sertai kem latihan kebangsaan 17 Mac ini,” ulas beliau lagi.

  • Nama: Hector Alexander Hevel
  • Umur: 28 tahun
  • Posisi: Tengah/Tengah Menyerang
  • Asal: Belanda
  • Kelab semasa: Portimonense (Liga Portugal 2)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN