Bekas Pemain Inter Jadi Rekrut Terbaharu PDRM Musim Ini

PDRM secara rasminya telah pun memperkenalkan pemain import baharu mereka pada musim ini iaitu Faith Obilor Friday untuk memperkukuhkan posisi pertahanan mereka pada saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ianya diperkenalkan sendiri sebentar tadi menerusi media sosial rasmi pasukan berkenaan yang memperkenalkan Obilor selaku rekrut terbaharu nereka musim ini.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan kehadiran Faith Obilor Friday bersama PDRM FC!

“Pertahanan tengah berusia 33 tahun ini berasal dari Nigeria dan beraksi untuk FK Aksu di Kazakhstan pada saingan musim lalu. Selamat datang diucapkan buat Obilor,” jelas laman tersebut.

Untuk rekod, Obilor beraksi sebanyak 26 perlawanan musim lalu bersama FK Aksu dalam saingan domestik serta turut menyumbang satu bantuan jaringan secara keseluruhan.

Beliau memulakan karier dalam dunia bola sepak pada tahun 2009 bersama Babanawa di Nigeria sebelum mengembangkan karier di Afrika Selatan untuk mewakili AmaZulu pada musim berikutnya.

Selepas itu, pemain berusia 33 tahun itu juga turut beraksi bersama beberapa lagi kelab terkemuka termasuk Inter Turku di Finland serta Kazahkstan sebelum pertama kali tiba di Asia Tenggara bersama PDRM.

Sepanjang karier profesional Obilor, beliau telah beraksi sebanyak 422 perlawanan dan meledak 13 gol serta enam bantuan jaringan secara keseluruhan.

Lebih menarik, Obilor hanya mengumpul empat kad merah sahaja sepanjang karier beliau beraksi dalam dunia bola sepak profesional.

Selain berkelebihan di posisi pertahanan tengah, Obilor juga boleh memainkan peranan cukup penting selaku pemain tengah bertahan, serta di bahagian kiri dan kanan pasukan mengikut kesesuaian taktikal.

Kehadiran Obilor bersama PDRM cukup penting kerana pasukan itu telah pun kehilangan pertahanan kental mereka pada musim lalu iaitu James Okwuosa yang menyertai Kuching City.

Selain Obilor, pasukan tersebut sebelum ini telah pun mengesahkan khidmat import mereka pada tahun lalu iaitu Bruno Suzuki dan Fadi Awad berjaya dikekalkan mereka.

Akhir sekali, dijangka PDRM juga bakal mengumumkan kehadiran seorang lagi pemain import mereka yang kini masih lagi mempunyai kekosongan di posisi tengah menyerang serta penyerang utama.

Tampil dengan kejutan pada tahun lalu, dijangka PDRM akan mengekalkan momentum tersebut untuk terus memberi persaingan sengit buat pasukan lain pada saingan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN