Bekas Pemain Hanelang FC Dedahkan Kisah Mereka Diugut Oleh ‘Penyamun’

Media tempatan sebelum ini melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengenalpasti tiga individu yang digelar sebagai ‘penyamun’ apabila menjadi punca kepada kerosakan yang berlaku terhadap empat kelab yang tidak lagi beraksi iaitu Marcerra United, Kuantan FA, Hanelang dan Terengganu City FC.

Individu tersebut turut merupakan penaja pasukan dan menyebabkan bekas pemain serta barisan kejurulatihan pasukan itu gagal menerima bayaran gaji mereka.

Bekas pemain Hanelang FC mendedahkan dalam Harian Metro, mereka pernah diarah untuk kalah dalam satu perlawanan menentang Terengganu City FC (TCFC) pada bulan April tahun lepas.

Ketika kejadian, Hanelang sedang mendahului TCFC dengan jaringan 1-0 dan kemudian wakil kepada penaja yang turut bertindak sebagai pengurus pasukan memasuki bilik persalinan di waktu rehat separuh masa pertama untuk mengarahkan mereka supaya tidak meleburkan rekod tanpa kalah TCFC.

“Bayangkan ketika itu kami bersemangat apabila sedang mendahului 1-0, namun secara tiba-tiba datang seorang individu wakil kepada penaja meminta supaya kami tewas.

“Individu berkenaan datang ke bilik persalinan dan meminta maaf selain mendakwa itu adalah arahan daripada pihak atasan yang perlu dipatuhi. Individu berkenaan bagaimanapun tidak mengugut atau mengancam, tapi jika kami ingkar, mungkin gaji kami tidak akan dibayar.

“Ketika itu saya agak berang kerana kami berhempas pulas mahu menang, namun individu itu dengan mudah meminta supaya kami kalah,” katanya.

Skuad Hanelang FC pada musim lepas. FOTO: Hanelang

Seorang lagi bekas pemain Hanelang FC yang dikenali sebagai Sulaiman mendedahkan mereka enggan melayan permintaan individu berkenaan seterusnya perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

“Pada malam selepas perlawanan itu, saya dihubungi oleh individu tidak dikenali dan dia bertanya sama ada saya memilih maruah atau karier.

“Saya memilih maruah dan akibatnya saya tidak menerima gaji selama tiga bulan sebelum mengambil keputusan menamatkan kontrak bersama pasukan terbabit,” katanya.

Difahamkan individu berkenaan bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang berjumlah hampir RM5 juta bagi keseluruhan tunggakan gaji membabitkan pemain dan barisan jurulatih pasukan itu.

Namun begitu, sehingga kini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat mengambil tindakan kerana bekas pemain kelab terbabit enggan membongkar identiti individu yang bergelar ‘penyamun’ tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN