Bekas Pemain Buriram United Bakal Sertai PKNS FC Ganti Chan Vathanaka

Setiausaha Agung kelab bola sepak PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin, mengesahkan pemain import dari Kemboja, Chan Vathanaka telah digugurkan daripada pasukan itu ketika jendela perpindahan kedua yang berakhir kelmarin.

Menurut laporan daripada Stadium Astro, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu bakal mendapat sentuhan pemain berdarah kacukan Thailand dan Norway, Kittiphong Pluemjai, bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.

“Kehadiran Vathanaka telah memberi impak kepada PKNS, namun atas strategi pasukan, kami perlu menstruktur semula perancangan dengan barisan pemain yang kami miliki,” katanya.

Chan Vathanaka meraikan gol bersama Romel Morales. FOTO: PKNS FC

Ini bukan kali pertama Vathanaka digugurkan di pertengahan musim Liga Malaysia kerana sebelum ini beliau pernah berdepan situasi yang sama ketika beraksi dengan pasukan Pahang selama 5 bulan sebelum kontraknya ditamatkan kerana kemerosotan prestasi.

Sepanjang beraksi bersama PKNS FC musim ini, Vathanaka telah menjaringkan 2 gol dalam saingan Liga Super dan merupakan penjaring keempat terbanyak di belakang Kpah Sherman (8 gol), Romel Morales (6 gol) dan Nick Swirad (3 gol).

Kehadiran Kittiphong Pluemjai dilihat mampu membantu PKNS FC yang terdesak untuk memburu kedudukan lima teratas Liga Super selepas tersingkir daripada saingan Piala FA.

Kittiphong Pluemjai ketika beraksi bersama kelab Norway.

Pemain yang berusia 26 itu tidak pernah mendapat panggilan ke skuad kebangsaan Thailand dan mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga divisyen 2 Norway bersama kelab Nest Sotra pada tahun 2013.

Beliau kemudian menyertai Buriram United pada tahun 2014 dan terus beraksi dalam liga domestik Thailand selama 2 tahun bersama kelab Surin City, Sukothai, Phrae United dan kembali semula ke Nest Sotra pada tahun 2016.

Sepanjang bersama Nest Sotra, beliau telah menjaringkan 20 gol dalam 40 penampilan. Kelab terakhirnya sebelum menyertai PKNS FC ialah Anthong FC yang beraksi dalam saingan divisyen 2 Liga Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN