Jurulatih berpengalaman, Luis Milla akui diri beliau ketika ini sangat bangga mengenai pencapaian semasa yang telah dikecapi oleh Persib Bandung dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Beliau turut gembira dengan segala sokongan yang telah diberikan sejak pertama kali pengendali tersebut mula bertugas bersama Persib Bandung.
Kesan Luis Milla Hampir Sebulan Latih Persib: Saya Bangga https://t.co/bZm60CsO6L
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) September 17, 2022
Walaupun impak yang diberikan oleh Milla pada awalnya tidak begitu dirasai, namun segalanya kini tampak positif setelah tiga kemenangan berjaya diraih kelab tersebut sepanjang beliau mengendalikannya.
Bekas jurulatih Sepanyol itu mula menyertai Persib pada 22 Ogos lalu untuk menggantikan khidmat Robert Alberts yang gagal untuk membawa pasukan tersebut dengan lebih baik sejak awal musim.
Dua gol dari Ciro Alves di pertandingan sore kemarin ⚽⚽#PERSIB pic.twitter.com/ZXhQKba7fx
— PERSIB (@persib) September 17, 2022
Tiga kemenangan yang diraih oleh kelab tersebut ketika mereka menewaskan Rans Nusantara, Arema FC, serta Barito Putera untuk mengumpul sembilan mata keseluruhan.
“Satu perkara yang saya ingin sampaikan, iaitu sokongan yang diperoleh setakat ini sangat luar biasa terutama sekali daripada para penyokong setia kelab ini.
“Selama hampir satu bulan saya bersama Persib, semua orang di sekeliling memainkan peranan penting untuk menyokong usaha yang saya buat untuk menaikkan nama kembali pasukan.
“Saya sangat gembira dan berasa bangga. Para penyokong jelas sangat luar biasa dalam memberi sokongan buat kami,” jelas Milla menerusi CNN Indonesia.
Pada masa sama, bekas pemain tengah Barcelona dan Real Madrid ini jelas sedang memfokuskan mengenai persiapan semasa kelab untuk menghadapi Persija Jakarta pada 2 Oktober ini.
Sénor memberikan waktu kepada pemain untuk healing 🪫🔋#PERSIB pic.twitter.com/97y3YkXPUP
— PERSIB (@persib) September 17, 2022
Ketika ini, para pemain diberi tempoh pelepasan cuti selama dua hari daripada pengurusan dan akan kembali menjalani latihan pada Isnin akan datang.
“Mengenai perancangan seterusnya, liga bakal berehat seketika bagi memberi laluan buat saingan di pentas antarabangsa. Untuk itu saya membiarkan pemain berehat seketika selama 2-3 hari sebelum latihan kembali bersambung.
“Selepas itu, mereka akan kembali berlatih bersama untuk persiapan seterusnya bagi memantapkan pasukan dalam menghadapi kembali cabaran liga.
“Untuk minggu hadapan, perancangan kami untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama Persib Bandung bawah 23 (B-23), sebelum memberi fokus untuk saingan liga,” tambah Milla.