Jika ditanya siapakah Zesh Rehman, pastinya para penyokong Sri Pahang mengenali pertahanan bersusuk tubuh tinggi tersebut setelah beliau menjadi antara tunjang sewaktu pasukan itu dalam prestasi terbaik mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Semalam, Rehman telah pun mengumumkan persaraan beliau di laman Twitter sebagai pemain bola sepak profesional setelah menjadi tonggak bersama kelab terakhir diwakilinya iaitu Southern di Hong Kong.
After 21 years as a pro it's time for the next chapter. I've had some amazing experiences on & off the pitch. Big thank you to my mentors, bosses, clubs, coaches, team mates & fans who made it a memorable journey. The dream must be always be greater than the memory 🇬🇧🇹🇭🇭🇰🇲🇾 🇵🇰 pic.twitter.com/n7NuRrHfv6
— Zesh Rehman (@Zesh_Rehman) May 26, 2022
Sepanjang karier beliau, Rehman telah mengecapi banyak pengalaman manis dan Sri Pahang antara kelab yang memberi banyak kejayaan buat beliau sejak menyertai pada tahun 2014.
Antara kenangan paling diingati buat penyokong Sri Pahang menurut Tokgajah.com pastinya bantuan gol pertahanan itu untuk disudahkan dengan baik oleh Dickson Nwakaeme ketika aksi Final Piala FA 2014.
“Sumbangan beliau yang paling diingati termasuklah bantuan gol kemenangan ketika aksi Final Piala FA ketika bertemu Felda United apabila pantas menyambar hantaran dari sepakan percuma Faizol Hussein untuk Nwakaeme menyudahkannya ketika perlawanan hanya berbaki 2 minit,” jelas Tokgajah.com.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗭𝗲𝘀𝗵@Zesh_Rehman atau nama penuhnya Zeshan Rehman, sebuah nama agak besar dalam bola sepak Asia, merupakan mantan kapten pasukan Kebangsaan Pakistan dan Pahang mengumumkan persaraannya di akaun twitter peribadinya semalam.
Ini satu bebenang. pic.twitter.com/1g9A8sqHj7
— TokGajah.com توق ڬاجه.كوم (@TokGajahdotcom) May 27, 2022
Selain Rehman, pemain lain ketika itu yang menjadi tonggak kekuatan Sri Pahang adalah pasangan beliau di barisan pertahanan iaitu Damion Steward, Matias Conti, dan Dickson Nwakaeme.
Kejayaan lain diraih oleh Rehman sepanjang bersama Sri Pahang adalah membantu kelab tersebut menjuarai Piala Malaysia 2014 setelah menewaskan Johor Darul Ta’zim dalam penentuan penalti.
Pertahanan itu juga antara pemain bertanggungjawab membawa Sri Pahang ke peringkat suku akhir saingan AFC 2015 walaupun ketika itu kelab tersebut tidak memperoleh sebarang kejuaraan sepanjang musim.
Pada tahun 2016, Rehman meninggalkan Sri Pahang ketika pertengahan musim untuk menyertai pasukan Gillingham yang berpangkalan di England sebelum menyertai Southern di Hong Kong dan menjadi titik tolak kepada karier kejurulatihan buat diri beliau.
Ingat momen ini?
Masuk sebagai pemain gantian, @Zesh_Rehman membalas kepercayaan Zainal Abidin Hassan apabila melakukan 𝘢𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵 kepada @Dicksonnwakaeme untuk jaringan kemenangan Pahang di pentas akhir Piala FA 2014.
📹 : Astro Arena#PahangFA #ZeshRehman #HappyRetirement pic.twitter.com/jVZonhDgTo— TokGajah.com توق ڬاجه.كوم (@TokGajahdotcom) May 27, 2022
Sebagai salah satu nama besar di Asia ketika itu, menjadi suatu kebanggaan buat Sri Pahang apabila pemain skuad kebangsaan Pakistan tersebut menabur bakti hampir selama tiga musim dan mengecapi banyak kejuaraan peringkat domestik.
Nama Rehman pastinya akan sentiasa terpahat di hati para penyokong setia Tok Gajah sebaris bersama-sama pemain lain yang menabur bakti di kelab tersebut.