Dikatakan atas ‘pujukan’ Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Michael Feinchtenbeiner, Tim Heubach akhirnya sudah tiba di Shah Alam.
Pertahanan tengah yang berpengalaman beraksi di Bundesliga bersama FSV Frankfurt dan FC Kaiserslautern itu dikhabarkan sudah tiba di Malaysia oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dan mungkin akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi.
Sebelum ini dikatakan Selangor memburu pemain-pemain yang penah beraksi di Eropah dengan kesemuanya mampu bertutur dalam bahasa Jerman. Tiga pemain menjadi buruan mereka bagi mengisi slot pemain import dengan mengekalkan pemain tengah Singapura, Safuwan Baharudin dan penyerang, Ifedayo Olusegun.
Pemain import baru Selangor sudah tiba di Malaysia dan difahamkan individu terbabit ialah bekas pertahanan FSV Frankfurt iaitu Tim Heubach dari Jerman.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 11, 2020
Menurut Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar, perbincangan sedang berjalan bersama pemain-pemain tersebut untuk menggantikan Sandro da Silva yang dikatakan mungkin bersama Selangor 2 dan dua pemain yang dilepaskan iaitu, Rufino Sergovia serta ketua pasukan yang berasal dari Australia, Taylor Regan.
Katanya kepada Utusan Malaysia sekitar November yang lalu, “Nak kata kelab besar atau tidak, itu agak subjektif sebab kelab Divisyen Dua Jerman pun ada nama. Tidak semesti dari Jerman kerana Austria dan Switzerland ada yang boleh cakap Jerman.”
Adakah semua yang disebut oleh Shahril Mokhtar itu bayangan kepada pemain import yang diburu mereka? Tim Heubach memenuhi kriteria Divisyen Dua Jerman.
Kelab terakhir Tim Heubach adalah Maccabi Netanya yang bersaing di Liga Israel dan telah berada di sana sejak musim 2017. Baru-baru ini menerusi akaun Facebook peribadinya, pemain berusia 32 tahun itu dilihat telah mengucapkan selamat tinggal.
Ucapnya, “Today I want to say goodbye, but much more I want to say thank you!“. Beliau turut berterima kasih kepada barisan jurulatih dan penyokong yang membuatkannya berasa selesa untuk tinggal di sana selepas meninggalkan tanah airnya, Jerman.
Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi daripada Selangor FC mengenai ketibaan Tim Heubach dan apabila segalanya selesai, beliau akan diperkenalkan kepada umum. Sudah tentu khabar ini akan membuatkan para penyokong semakin tidak sabar.
KREDIT FEATURED IMAGE: IMOAGO/CHRISTIAN SCHRODTER
Baca lagi artikel mengenai Selangor FC:
Ashmawi Yakin: Kehadiran Neitzel Jadi Tonik Berguna Buat Selangor