Bekas Ketum PSSI Anggap Indonesia Telah ‘Dizalimi’ Pengadil

Bekas Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan menyifatkan pengadil membabitkan aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sangat zalim.

Terdahulu, Indonesia telah pun terikat seri 2-2 ketika aksi kelayakan itu awal pagi tadi berdepan Bahrain di gelanggang lawan iaitu Stadium Riffa.

Dua gol Indonesia masing-masing terhasil menerusi Ragnar Oratmangoen serta seorang lagi pemain warisan berkualiti iaitu Rafael Struick untuk meletakkan Sang Garuda sebenarnya menghampiri kemenangan.

Namun, kebangkitan akhir pada masa tambahan daripada Mohamed Marhoon yang unggul meledak dua gol bertemu Indonesia mematikan hasrat Shin Tae-yong untuk menghadiahkan kemenangan sulung selepas mereka mengharungi aksi ketiga Kumpulan C.

Kontroversi timbul pada perlawanan tersebut apabila pengadil bertugas iaitu Ahmed Al-Kaf enggan meniup wisel penamat yang sepatutnya telah dibunyikan pada minit ke-96 mengikut ketetapan tambahan masa.

Sebaliknya ia dianjak melebihi minit ke-99 sehingga membuka peluang tuan rumah untuk mendapatkan gol serta mengikat seri keputusan tersebut.

Sebaik sahaja Marhoon sah meledak gol kedua buat Bahrain, pengadil bertugas tidak mengambil masa panjang seperti sebelum itu untuk meniup wisel penamat aksi berkenaan.

Rata-rata peminat jelas kecewa dengan aksi tersebut sehingga pelbagai kritikan dilemparkan mereka kepada pengadil bertugas menerusi platform media sosial.

Malah, Iriawan sendiri kecewa dengan situasi yang berlaku sehingga beliau menganggap Sang Garuda sebenarnya telah dizalimi oleh pengadil bertugas.

“Astaghfirullah, dizalimi wasit (pengadil),” luah Iriawan di media sosial Instagram untuk menggambarkan rasa kecewa beliau kepada keputusan dibuat oleh pengadil.

Selain hangat di media sosial, situasi atas padang seusai aksi tersebut tamat juga tidak kurang panas selepas para pemain Indonesia tampil memberontak akan situasi berkenaan.

Para pemain Indonesia ketika itu menyerbu pengadil untuk mempersoalkan tindakan beliau sehingga terpaksa ditenangkan kembali oleh pegawai bertugas selain salah seorang tonggak mereka iaitu Shayne Pattynama salah seorang paling beremosi.

Menerusi keputusan itu, Indonesia kini telah pun mengumpul tiga mata secara keseluruhan daripada tiga aksi dihadapi untuk berada di tangga kelima Kumpulan C.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN