Bekas pemain import skuad tok gajah dari Korea Selatan, Heo Jae Won sah telah menyertai kelab K-league, Jeonnam Dragons menurut kenyataan rasmi daripada laman facebook pasukan itu.
Pemain yang berusia 33 tahun ini menjadi nadi utama benteng pertahanan Pahang musim lepas dan mempunyai kebolehan mengarahkan susunan serta memberi motivasi kepada rakan-rakan sepasukan.
OFFICIAL | Jeonnam Dragons have confirmed a signing of defender Heo Jae-won from Pahang. #kleague
— Korea Football News (@KORFootballNews) June 26, 2018
Sepanjang bersama Pahang, beliau berjaya menjaringkan 3 gol dalam lebih 20 penampilan dengan skuad tok gajah dan sempat membantu Pahang layak ke perlawanan akhir Piala FA 2017.
Meskipun sempat menjaringkan 1 gol ketika menentang Kedah tetapi jaringannya itu masih tidak berjaya untuk memastikan trofi Piala FA dibawa pulang ke Kuantan.
Jeonnam Dragons kini menghuni kedudukan ke 10 dalam saingan liga utama Korea Selatan dan kelab itu menagih pengalaman yang dimiliki oleh Jae Won untuk menguatkan benteng pertahanan.
Skuad ini telah bolos 25 gol iaitu antara jumlah bolos kedua terbanyak dalam K-League.
Selain Jeonnam, Jae Won pernah beraksi dengan kelab Suwon Bluewings Samsung, Gwangju FC, Jeju United dan Daegu FC. Malah beliau juga pernah berkelana ke Qatar dan UAE menyertai kelab Al-Khor dan Fujairah FC.
Setakat ini, Jae Won masih belum beraksi di pentas asia sama ada dalam saingan AFC Cup atau AFC Champions League.