Bekas Kapten Rangers, Fernando Ricksen Meninggal Dunia

Ricksen

Bekas pertahanan Rangers, Fernando Ricksen telah meninggal dunia pada umur 43 tahun selepas sekian lama bertarung dengan penyakit neuron motor (MND).

Pemain warganegara Belanda itu dikesan menghidap sklerosis lateral amiotrofik (ALS) pada Oktober 2013, dan telah dikhabarkan menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Rabu.

ALS, yang juga dikenali sebagai penyakit motor neuron (MND), adalah keadaan di mana saraf yang mengawal gerakan badan tidak lagi berfungsi dengan baik.

Orang yang berdepan masalah ini sukar menggerakkan anggota badan mereka, mengekalkan postur, menelan, dan pernafasan. Lebih teruk lagi ia turut memendekkan jangka hayat penghidapnya.

“Rangers amat berduka untuk mengumumkan bekas pemain kami, Fernando Ricksen telah meninggal dunia pada pagi ini disebabkan penyakit neuron motor yang dihidapnya.

“Fenando menghabiskan enam musim yang penuh kejayaan di Ibrox pada menyertai beberapa pemain Belanda lain di bawah kendalian Dick Advocaat pada tahun 2000.”

Ricksen, seorang pemain tengah yang juga boleh bermain di posisi bek kanan mengumpul dua kejuaraan Liga Scotland, dua Piala Scotland, dan tiga Piala Liga.

Pada tahun 2006, RIcksen dipinjamkan ke Zenit St Petersburg secara pinjaman. Bersama kelab Rusia itu, RIcksen mendakap kejuaraan domestik dan juga memenangi Piala UEFA pada tahu 2008.

Menariknya kejuaraan Eropah itu diperoleh selepas menewaskan Rangers di perlawanan akhir. Ricksen kemudiannya kembali ke Belanda untuk menyertai Fortuna bagi menghakhiri kariernya di kampung halaman.

Sebuah perlawanan amal untuk Ricksen diadakan di Ibrox pada Januari 2015 menyaksikan 41 ribu penyokong hadir untuk memberikan sokongan. Jumlah kutipan sebanyak £320 ribu telah dibahagikan kepada beliau, anak perempuannya (Isabella) MND Scotland dan juga Yayasan Kebajikan Rangers.

Pengurus Rangers, Steven Gerrard telah pun menzahirkan penghormatannya kepada bekas pemain tengah kelab itu.

Dalam sidang media menjelang aksi Liga Europa menentang Fayenoord pada awal pagi Jumaat ini, beliau berjanji untuk mendedikasikan kemenangan pasukan bimbingannya kepada Ricksen dan keluarganya.

Dalam media sosial, bekas rakan sepasukan dan kelab-kelab yang pernah diwakilinya masing-masing mengucap takziah dan bersedih di atas kehilangan pemain itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN