Bekas Kapten JDT II, Shakir Shaari Sertai Barisan Kejurulatihan JDT Untuk Musim 2020

shakir shaari jdt 2020

Akhirnya, Shakir Shaari menamatkan karier selaku pemain bola sepak setelah musim 2019 berakhir dan kini telah memulakan tugas baharu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu telah menyertai barisan jurulatih pasukan untuk musim 2020.

Perkara tersebut diumumkan menerusi laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers (JST), malam tadi menerusi muat naik kenyataan dan beberapa foto, ‘Shakir Shaari Sertai Barisan Kejurulatihan JDT.’

Shakir Shaari dilihat di dalam foto sedang berbincang dengan barisan jurulatih pasukan dan turut disahkan akan menyertai pasukan utama JDT bersama ketua jurulatih, Benjamin Mora.

Shakir Shaari adalah antara tonggak tengah negara pada tahun 2011 sehingga 2013, namun kurang mendapat perhatian dek kerana bermain di posisi pemain tengah bertahan dan pernah membentuk gandingan bersama bekas kapten, Safiq Rahim.

Pesaing terdekatnya di posisi tersebut pada ketika itu adalah pemain Kedah, Amar Rohidan. Pemain yang telah memulakan kariernya bersama skuad Piala Presiden Kelantan pada 2004 itu pernah beraksi bersama MPPJ FC, UPB MyTeam dan kembali ke Kelantan pada 2010, di zaman kegemilangan The Red Warriors.

Sepanjang kariernya, dia pernah menjulang beberapa kejuaraan antaranya Piala Malaysia 2010 dan 2012, juara Liga Super 2011 dan 2012 serta Piala FA 2012 ketika bersama Kelantan. Selain itu, di JDT, Shakir Shaari pernah memenangi 10 trofi dan merupakan ketua pasukan JDT II untuk dua musim iaitu pada 2018 dan 2019.

Kariernya bersama Harimau Malaya tidaklah panjang dengan hanya mengumpul 11 kaps sejak penampilan pertama pada 2011. Selepas menyertai JDT pada 2014, pemain tengah berusia 33 tahun itu tidak lagi mendapat panggilan untuk menyertai skuad negara.

Penampilan terakhirnya adalah ketika menentang Qatar dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari 2013 yang menyaksikan Malaysia tumbang 0-2 kepada lawan di halaman sendiri.

Sekitar Ogos tahun lalu, Pengarah Teknikal JDT, Alistairs Edwards telah mengumumkan perubahan struktur pasukan, Benjamin Mora dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih JDT menggantikan Raul Longhi yang tidak dimaklumkan samaada dipecat atau sebaliknya.

Dalam pengumuman tersebut, Alistairs Edwards turut menyatakan yang Shakir Shaari akan dihantar menyertai kursus kejurulatihan untuk menjadi pembantu kepada Ervin Boban di JDT II. Kini, JDT menunaikan janji mereka dengan melantiknya sebagai jurulatih.

Disamping itu, pada hujung November lalu, Kedah dilihat terlebih dahulu mengumumkan kenaikkan pangkat pemain musim 2019 sebagai jurulatih pasukan untuk musim 2020 iaitu penjaga gol, Abdul Hadi Hamid yang sepanjang kariernya adalah di Kedah.

Kredit Featured Image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN