Bekas Jurulatih KL, Perak, & Sabah, Ken Shellito Meninggal Dunia

Bekas jurulatih Kuala Lumpur, Perak dan Sabah, Ken Shellito meninggal dunia pada malam semalam di Kota Kinabalu, Sabah.

Jurulatih berbangsa Inggeris itu berusia 78 tahun, dan merupakan penduduk tetap negara ini.

Ken Shellito menyertai Chelsea pada usia 17 tahun.

Shellito merupakan seorang pemain pertahanan ketika karier sebagai pemain, dan mewakili Chelsea di Liga Inggeris di antara tahun 1959 sehingga 1965.

Sepanjang tempoh itu, beliau tampil di dalam 123 perlawanan untuk The Blues, dan turut merekodkan dua gol untuk pasukan itu.

Memiliki 1 caps antarabangsa bersama England, Shellito beralih ke bidang kejurulatihan selepas bersara sebagai pemain setelah kecederaan membantutkan perkembangan karier di atas padang.

Ken Shellito sebagai jurulatih Chelsea. Antara pemain yang pernah dibimbing beliau ialah Ray Wilkins.

Pernah melatih Chelsea di antara tahun 1977 sehingga 1979, dan Cambridge United, Shellito kemudiannya memilih untuk ke Liga Malaysia pada pertengahan 90 an.

Pasukan pertama yang dikendalikan oleh jurulatih tersebut di negara ini ialah Kuala Lumpur pada 1994, sekaligus membantu skuad warga kota merangkul kejuaraan Piala FA pada tahun yang sama.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Perak pada musim berikutnya, sebelum ke Sabah pada tahun 1998.

Bersama pasukan dari Borneo itu, Shellito pernah membantu Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia dan muncul naib juara Piala FA.

Beliau kemudiannya banyak terlibat di peringkat pembangunan akar umbi di negara ini, termasuk program yang dianjurkan oleh AFC.

Pada 2012, beliau kembali ke Sabah untuk membantu negeri itu membangunkan bakat muda di bawah naungan Sabah FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN