Akhbar tempatan hari ini melaporkan bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Allan Harris disahkan meninggal dunia pada usia 74 tahun semalam.
Mendiang membimbing Harimau Malaya selama empat tahun bermula dari Disember 2000 hingga 2004 dengan menggantikan Abdul Rahman Ibrahim.
Antara kejayaannya ialah membantu Harimau Malaya menduduki tangga ketiga Piala AFF pada 2004.
Sebelum dilantik mengendalikan Malaysia, Harris hadir dengan reputasi besar selaku bekas penolong jurulatih kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan kelab Mesir, Al-Ahly.
Allan Harris pernah melatih pasukan Barcelona. Antara pemain Barca ketika itu…Diego Maradona, Gary Lineker, Mark Hughes, Bernd Schuster. Sangat tinggi profil beliau.
— Romy Jarr (@romyjarr) November 24, 2017
Ketika bergelar pemain, Harris yang beraksi di posisi pertahanan pernah beraksi bersama Chelsea, Coventry City, Queens Park Rangers, Plymouth Argyle, Cambridge United, Hayes, St Patrick’s Athletic.
“Kelab bola sepak Chelsea sedih dengan pemergian Allan Harris, bekas pertahanan yang pernah beraksi lebih 100 kali bersama kelab ini pada tahun 1960-an,” menurut kenyataan Chelsea menerusi laman sosial Twitter.
Chelsea Football Club is greatly saddened to learn of the passing of Allan Harris, our former defender who made over 100 appearances in the 1960s… https://t.co/1X7RfY07Hc pic.twitter.com/4PtSrSKBju
— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 23, 2017
Allan Harris merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar.
Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah seperti yang beliau sangkakan.
Ketika itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, mendiang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara.
Harris yang saya kenang – pandai beri galakan kepada pemain, berhati lembut. Namun wajahnya merah padam jika pasukan negara catat keputusan negatif. Sukan SEA 2001 dan pra Piala Asia 2003 di Bahrain.
— rizal hashim (@rizalhashim_) November 24, 2017
Mendiang juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Antara kejayaan mendiang ialah berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional.
Allan Harris was probably the best coach for our NT beside Datuk K. Rajagopal. Long ball approach yeah, but was effective for us. We rarely got thrashed under Allan Harris when we played against stronger Asian teams…unlike today.
— Romy Jarr (@romyjarr) November 24, 2017
Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.