Bekas Pemain Import Johor FA, Darren Stewart Meninggal Dunia

Bekas pemain antarabangsa Australia dan pemain import Johor FA, Darren Stewart meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Stewart mula beraksi bersama pasukan antarabangsa Socceroos pada 1992, dan merekodkan tiga penampilan bersama negaranya.

Beliau kemudian menyertai Johor FA dalam saingan Liga Malaysia mulai 1993 sehingga 1998, sebelum membantu pasukan dari selatan tanah air itu menjuarai Piala FA pada tahun terakhir beliau beraksi di Malaysia.

Sepanjang bersama Johor, Darren Stewart dikenali sebagai pemain pertahanan yang ampuh, dan tampil dalam 244 perlawanan untuk pasukan tersebut, dan menjaringkan 38 gol dalam tempoh tersebut.

Selain daripada Johor FA, Stewart turut pernah memperagakan aksi bersama Balistier Central di Liga Singapura sebelum menceburi bidang kejurulatihan.

Beliau sempat membimbing beberapa kelab di Liga Singapura di antara 2003 sehingga 2015 sebelum dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan Maldives pada dua tahun yang lalu.

Pegawai Eksekutif Newcastle Jet, Lawrie McKinna yang pernah bergandingan dengan Stewart ketika bersama APIA Leichhardt menyifatkan kematian Stewart sebagai satu kehilangan.

McKinna menyifatkan Stewart sebagai salah seorang pemain pertahanan yang kental ketika masih bergelar pemain, dan turut boleh membantu bahagian tengah pasukan ketika keadaan memerlukan.

Stewart adalah antara pemain import terawal dari Australia yang beraksi di Liga Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada punca kematian dinyatakan berkaitan Stewart.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN