Bekas pemain serangan Real Madrid iaitu Jese Rodriguez dilaporkan kini bakal menyertai antara kelab paling berpengaruh di Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.
Menerusi kenyataan dikongsikan oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam di media sosial X, pemain tersebut tampil dengan status bebas serta boleh mewakili JDT pada bila-bila masa.
“From Real Madrid to JDT, media antarabangsa melaporkan Jese Rodriguez yang juga pernah beraksi bersama PSG bakal sertai JDT, difahamkan sebagai ejen bebas sekaligus boleh beraksi bila-bila masa,” jelas beliau di media sosial X.
From Real Madrid to JDT, media antarabangsa melaporkan Jese Rodriguez yang juga pernah beraksi bersama PSG bakal sertai JDT, difahamkan sebagai ejen bebas sekaligus boleh beraksi bila-bila masa. ✍️🇪🇸🔵@ASTROARENA pic.twitter.com/T10aYuM7GN
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 5, 2024
Untuk rekod, Rodriguez merupakan antara nama besar yang pernah beraksi di Eropah bersama beberapa kelab elit sebelum itu bersama pencapaian sangat menarik untuk diperkatakan.
Bermula dengan Real Madrid B, pemain tersebut mendapat perhatian pasukan utama untuk menyaksikan beliau mencipta penampilan dalam saingan La Liga bersama kelab itu serta merekodkan sejumlah besar jaringan.
Selain itu, pemain kebangsaan Sepanyol ini juga pernah mewakili Paris Saint Germain (PSG) dengan merekodkan dua gol daripada 18 penampilan secara keseluruhan.
Pemain ini juga pernah beraksi di England, Tukiye, serta saingan utama Itali sepanjang karier beliau di Eropah selaku pemain bola sepak profesional.
Kali terakhir beliau beraksi bersama Coritiba FC dalam saingan utama di Brazil dengan hanya merekodkan satu gol sahaja sebelum kini tampil bersama status bebas.
Kehadiran beliau bersama JDT pastinya akan terus menambah sengat buat posisi serangan JDT selepas kebolehan beliau untuk beraksi di beberapa posisi mengikut kesesuaian taktikal.
Ketika ini, JDT sudah memiliki beberapa nama besar termasuk import dari Brazil iaitu Bergson da Silva, Heberty Fernandes, Jorge Obregon, serta ramai lagi.
Jesé Rodríguez (31/ST/🇪🇸), hampir memulakan pengembaraan baru.🆕
Dalam beberapa jam akan datang, beliau akan menandatangani kontrak dengan Johor Darul Ta'zim di Malaysia🇲🇾, kelab kesepuluh dalam kariernya, selepas bermain di kelab seperti Real Madrid, PSG, Betis dan lain-lain… pic.twitter.com/MSxaCPx7ur
— Suka Bahas Bola (@bahaspemainbola) October 5, 2024
Malah, bintang muda Harimau Malaya iaitu Arif Aiman Hanapi juga berada dalam momentum terbaik kini di pentas domestik serta Asia menerusi kualiti telah dipamerkan.
Malah, ia juga dapat memberi ruang buat Bidoglio untuk mempelbagaikan lagi taktikal permainan menerusi kualiti pemain-pemain sedia ada bersama kehadiran Rodriguez.
Walaupun ada peminat tampil sangsi jika pemain sehebat Rodriguez akan hadir menyertai JDT di Malaysia, ianya tidak mustahil kerana pasukan itu pernah menandatangani ramai nama besar seperti Patito Rodriguez, Daniel Guiza, serta Pablo Aimar.