Kepentingan Bek Sisi Di Dalam Bola Sepak Moden

Bek sisi adalah posisi yang merujuk kepada pertahanan di kawasan tepi padang. Biasanya mereka bermain dalam sistem bek berempat. Untuk sistem bek bertiga, ia biasanya menggunakan bek sayap.

Pada asalnya nama posisi bek sisi (side back) ini digelar bek penuh/bek utama (fullback). Kenapa?

Ini kerana dalam sistem 2-3-5 dahulu, fullback adalah 2 pertahanan paling belakang memakai nombor pinggul 2 dan 3. No.1 adalah penjaga gol.

Dalam revolusi kepada 4-4-2. 2 pemain tengah (no.5 dan no,6) ditarik ke belakang dan bek penuh ini ditolak ke tepi. Dari situ mereka mulai digelar side back (bek sisi).

(Nota Editor: Dahulu 5 dan 6 gelaran untuk CB. Hari ini no.6 merujuk kepada DM di dalam pernomboran posisi)

Namun nama fullback masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Ia antara istilah klasik dalam dunia taktikal bola sepak.

Kepentingan dalam bola sepak moden

Bola sepak moden hari ini sangat kompleks. Segalanya berkaitan ruang, kepantasan dan kepintaran di dalam padang.

Dalam bola sepak moden, tugas bek sisi juga turut menjadi kompleks. Jika posisi pemain tengah pertahanan kerap digelar wira tak didendang, bek sisi juga boleh dikatakan antara yang seringkali tak didendang juga.

Ramai yang tidak melihat kepentingan bek sisi di dalam pasukan. Dalam sistem bola sepak hari ini, bek sisi antara posisi yang paling jauh kawasan liputan di dalam padang.

Ketika menyerang, mereka akan menjadi lebar (width) utama pasukan. Ketika bertahan mereka akan turun untuk membentuk kepadatan di struktur pertahanan dengan segera.

Ramai jurulatih hari ini mengutamakan aspek kemampuan pemain memberikan sokongan kepada serangan mengatasi aspek pertahanan dalam pemilihan pemain bek sisi.

Anda pasti masih ingat bagaimana Jesus Navas digunakan sebagai bek sisi oleh Guardiola pada musim lalu.

Etika kerja di dalam padang sangat penting untuk seorang bek sisi. Itulah sebab Jurgen Klopp lebih selesa dengan James Milner berbanding dengan Moreno.

Moreno ada masalah dari segi disiplin dalam taktikal. Apabila sudah menyerang, dia kurang komited untuk turun.

Kenapa Antonio Valencia dijadikan bek sisi sepenuh masa di Manchester United? Kerana beliau sangat berguna ketika serangan dan komitmen untuk turun ketika diserang balas. Bertenaga, berdisiplin dan dinamik.

Dalam erti kata lain, kini ramai jurulatih memilih pemain yang boleh banyak berlari di dalam padang sebagai bek sisi mereka.

Satu ketika dahulu bek sisi lebih terhad gerakan mereka. Hanya ada beberapa bek sisi sahaja yang diberikan lesen untuk naik ke atas. Itu yang digelar bek sisi ofensif.

Pada hari ini, sifat ofensif itu satu kemestian yang ada pada seorang bek sisi. Jika tidak, mereka boleh dikira bukan bek sisi yang baik di dalam struktur bola sepak.

Jika anda jurulatih pasukan, pemain bek sisi dan pemain tengah pertahanan antara aspek sangat penting yang akan anda ambil kira dalam pemilihan pasukan.

Anda akan menghargai mereka lebih daripada pemain-pemain lain di dalam pasukan kerana anda tahu kepentingan mereka dalam keseimbangan pasukan serta transisi.

Pada era 90-an, Brazil antara negara yang memiliki deretan bek sisi yang menjadi inspirasi kepada ramai pemain bola sepak dunia seperti Cafu, dan Roberto Carlos.

Hari ini, anda pasti akan meletakkan nama pemain seperti Daniel Alves dan Marcelo sebagai antara bek sisi tipikal Brazil yang anda suka.

Di kem Bayern Munich, Pep Guardiola pernah memberitahu, Phillip Lahm sebagai pemain terbaik yang pernah diuruskan oleh beliau.

Namun, dalam padang, lebih ramai memberikan perhatian kepada Robben, Muller, Lewandwoski dan Neuer.

Walaupun sistem bola sepak moden lebih menuntut bek sisi menyerang, namun anda harus ingat, mereka adalah unit pertahanan.

Jadi, aspek pertahanan juga harus diutamakan. Ini bukan bermaksud mereka wajib untuk keras dan lasak di dalam padang.

Misalnya Bek sisi yang berbadan kecil seperti Lahm, mereka ada kemampuan untuk melengahkan gerakan lawan. Mengganggu gerakan dan memaksa lawan melakukan hantaran ke belakang semula.

Aspek seperti pintasan, kawalan di sisi buta juga sangat penting untuk bek sisi.

Bek sisi yang elit biasanya dikaitkan dengan kemampuan untuk bertahan dan menyerang pada kadar yang sama kuat. Jadi aspek serangan seperti gelecekan, permainan kombinasi, larian taktikal, kreativiti antara aspek yang pentin.

Mereka seperti pemain tengah kotak ke kotak yang menjelajah ke seluruh padang.

Anda pastinya inginkan bek sisi ala Ivanovic di zaman kemuncak beliau yang keras secara fizikal, laju, boleh menyerang, bertahan dan menjaringkan gol.

Kesimpulan

Rumusannya adalah, bukan mudah untuk bermain posisi bek sisi. Lebih-lebih lagi dalam bola sepak moden banyak baka pemain sayap (contoh; Wing attacker, inside forward, inverted winger) yang bahaya seperti Ronaldo, Neymar, Hazard, Robben dan Bale.

Yang pasti seorang bek sisi yang hebat adalah seorang yang mampu menyerang seperti seorang pemain sayap dan bertahan seperti seorang bek tengah, serta menghantar bola silang seperti pemain sisi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN