Bek Kedah, Shakir Hamzah Bangga Rangkul Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Untuk Mac

Pemain import pasukan Kedah FA, Shakir Hamzah dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi edisi Februari 2019. Anugerah itu disampaikan oleh Exco PFA Malaysia Baddrol Bakhtiar dan Ketua Jurulatih Pasukan Kedah FA Aidil Sharin Sahak dalam satu majlis ringkas di Cheras hari ini.

“Saya sedar, ramai pemain yang hebat dalam saingan liga dan apabila terpilih untuk memenangi anugerah ini dalam penampilan tahun pertama saya dalam Liga Malaysia ia merupakan sesuatu yang amat mengujakan”

“Terima kasih saya ucapkan kepada jurulatih, rakan sepasukan dan semestinya semua peminat pasukan Kedah yang telah menghadirkan anugerah ini”

“Hal ini pastinya akan menjadi tonik tambahan buat pasukan dan saya akan berusaha sehabis baik buat pasukan yang saya wakili” Jelas Shakir selepas majlis penyerahan tersebut.

Shakir menerima undian tertinggi sebanyak 58.54% (14,204 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Dickson Nwakamae dari Pahang FA (13.37% Undi – 3,245 Undi), Barathkumar Ramaloo dari PJ City FC (12.78% – 3,102 Undi), Gonzalo Cabrera dari JDT (11.07% – 2,685 Undi) dan Hadin Azman dari Felda United (4.23% – 1,027 Undi)

Untuk rekod, beliau merupakan pemain keenam dari pasukan Kedah FA yang berjaya memenangi anugerah ini selepas Sandro Da Silva (September 2015 & April 2018), Baddrol Bakhtiar (Ogos 2016 & Februari 2017), Thiago Augusto Fernandes (September 2016), Ken Ilso (Julai 2017) dan Liridon Krasniqi (Mei 2018).

Sebagai pemenang, beliau menerima sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM1500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix.

Undian dibuat melalui patuan khas yang disediakan dan para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser). Undian akan dibuka selama sepuluh hari untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka.

Anugerah yang dtujukan khas buat para pemain ini kini memasuki tahun kelima selepas ia dimulakan pada 2015. Sehingga kini lebih dari 35 orang pemenang telah dinobatkan dan lebih dari 250 000 undian telah diterima sepanjang penganjuran anugerah ini.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN