Bedil Pasukan Arab Saudi, Ini Pantun Reaksi Penyokong Malaysia Di Twitter

Tarikh 16 Januari 2018 bakal menjadi tarikh yang akan diingati oleh peminat bola sepak tanah air setelah buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia telah berjaya layak ke pusingan suku akhir Piala Asia B23 setelah berjaya menewaskan pasukan Arab Saudi dengan jaringan 1-0.

Rembatan padu Daniel Amier pada minit ke-28 yang menewaskan penjaga gawang Arab Saudi, A.Bokhari telah disaksikan secara langsung oleh lebih 30 juta rakyat Malaysia di kaca TV dan juga di dalam talian.

Kemenangan ini seolah-olah memberi nafas baru kepada pasukan bola sepak Malaysia secara total, seolah-olah mengisi semula kepercayaan rakyat marhaen kepada FAM, badan induk bola sepak Malaysia yang acap kali dihimpit kontroversi akibat prestasi pasukan senior yang merudum teruk.

Demi meraikan kejayaan skuad muda pimpinan Datuk Ong Kim Swee ini, kami di SemuanyaBola mengajak pengikut-pengikut kami di Twitter untuk memberikan reaksi mereka dalam bentuk pantun.

Hasilnya, dalam masa kurang dari 12 jam selepas wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan semalam, kami menerima beratus-ratus pantun reaksi. Rata-rata dari pantun yang dikongsikan bersama kami memuji persembahan skuad muda Malaysia ini.

Kami kongsikan 10 pantun reaksi terbaik yang diberikan kepada kami di Twitter.

https://twitter.com/iskandarnnnnnnn/status/953427848148103169

https://twitter.com/Shahhboyka/status/953296317312192513

https://twitter.com/tweetwohooo/status/953287000320126976

https://twitter.com/acerappppp/status/953260636019961856

Adakah anda juga mahu berpantun seperti mereka? Kongsikan pantun anda di ruangan komen FB kami.

Akhir kata, jangan lupa untuk menyokong pasukan Malaysia B23 yang bakal beraksi pada 20 Januari ini di peringkat suku akhir. Ayuh Malaysiaku, tunjukkan belangmu!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN