Beckham Jadi Sandaran Utama Persib Bandung Untuk Hadapi PSM Makassar

Persib Bandung dilihat sangat serius untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga 1 Indonesia, apabila mereka bakal berhadapan PSM Makassar di Stadium Gelora B.J. Habibie.

Untuk aksi tersebut, pengendali baharu mereka iaitu Luis Milla telah menyiapkan pasukan dari segi pemilihan para pemain serta kekuatan taktikal, apabila sedar lawan kini berada dalam prestasi terbaik mereka.

Meskipun tewas pada aksi final Piala AFC peringkat zon Asia Tenggara baru ini di tangan Kuala Lumpur City (KL City), pasukan tersebut kini masih lagi unggul di tangga ketiga carta liga.

Menurut Bola.com, Luis Milla bakal membawa 20 orang pemain Persib Bandung sebagai persediaan untuk menghadapi PSM Makassar demi tiga mata dicari.

Tambah menyakinkan, tonggak tengah berbakat mereka iaitu Beckham Putra Nugraha juga kini bersedia untuk diturunkan setelah sebelum itu beliau mengalami kecederaan.

Pemain tengah yang beraksi bersama skuad kebangsaan itu sebelum ini mengalami kecederaan pada 24 Julai lalu dan terlepas lima perlawanan bersama Persib Bandung.

Selain Beckham, seorang lagi pemain mereka yang kembali memperkuatkan pasukan ialah Henhen Herdiana, apabila beliau sebelum itu mengalami masalah kecergasan.

Ketika mereka dilihat dalam keadaan bersedia untuk menghadapi cabaran PSM Makassar di gelanggang lawan, kelab tersebut juga kini kehilangan dua pemain.

Untuk perlawanan ini, Persib dikhabarkan tidak akan membawa dua tonggak mereka iaitu Nick Kuipers serta Ezra Walian dalam senarai 20 orang pemain.

Menurut info, kedua pemain tersebut dikatakan mengalami masalah kesihatan yang memaksa nama mereka terpaksa digugurkan bagi membawa cabaran di gelanggang lawan.

Ketika ini Persib Bandung berada di kedudukan ke-13 carta liga menerusi dua kemenangan, sekali seri, serta tiga kekalahan untuk mengumpul tujuh mata keseluruhan.

Manakala lawan iaitu PSM Makassar ketika ini berada di tangga ketiga liga setelah mengumpul 13 mata hasil empat kemenangan dan sekali seri.

PSM Makassar pastinya ingin mencipta kebangkitan kembali selepas mereka tewas sebelum itu di tangan KL City dengan keputusan 2-5 di Stadium KLFA, Cheras dengan menjadikan Persib Bandung sebagai sasaran.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN