Beckenbauer Mahu Klopp Kembali Ke Jerman Bersama Bayern Munich

Klopp

Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer menzahirkan keinginan beliau untuk melihat Jurgen Klopp menjadi pengurus Bayern Munich satu hari nanti.

Klopp berjaya membawa Liverpool menjulang kejuaraan Eropah ke-6 pada Sabtu lalu, selepas kelab Merseyside itu menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di perlawanan akhir yang berlangsung di Madrid.

Kontrak Klopp

Pemilik Liverpool yang menaungi Fenway Sports Group (FSG) sudah pun menyatakan kesediaan untuk memperbaharui kontrak sedia ada yang sepatutnya tamat pada 2022.

Klopp pernah menjuarai kejuaraan di Jerman bersama Borussia Dortmund sebelum menyertai Liverpool pada 2015, dan Beckenbauer berkata beliau ingin melihat pengendali berusia 51 tahun itu kembali ke Bundesliga bersama Jerman satu hari nanti.

“Tidak ada perkara lain yang saya inginkan selain dari melihat Klopp menyertai Bayern satu hari nanti. Ia pasti satu padanan yang baik,” ujar Beckenbauer yang pernah menjuarai kejuaraan Bundesliga bersama kelab Bavaria  itu sebagai pemain dan juga jurulatih kepada akhbar Bild.

“Jurgen membawa bola sepak baharu di Jerman ketika beliau bersama Dortmund. Kini beliau telah berjaya memperbaharui Liverpool.”

Kenapa mahu kekal di England?

Beckenbauer yang juga merupakan presiden kehormat Bayern turut mempersoalkan mengapa harus Klopp terus kekal di England untuk tempoh masa yang lama.

“Saya berpendapat bekerja di England akan membuat anda letih. Sebagai pengurus di England, anda mempunyai lebih banyak tanggungjawab berbanding apa yang jurulatih perlu lalui di Bundesliga.

MUNICH, GERMANY – MAY 12: Franz Beckenbauer attends the Bundesliga match between FC Bayern Muenchen and VfB Stuttgart at Allianz Arena on May 12, 2018 in Munich, Germany. (Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

“Dengan dua pertandingan merebut piala, dan liga yang sedikit lebih besar, jumlah perlawanan di England adalah lebih banyak berbanding di Jerman,” jelas Beckenbauer.

Respon Klopp

Klopp bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang keletihan dan sentiasa bertenaga mengharungi setiap cabaran bersama Liverpool sejak tiba di Anfield pada Oktober 2015.

“Saya sukakan Franz [Beckenbauer] – dan dia juga sukakan saya, tetapi buat masa ini saya mempunyai kontrak yang masih panjang bersama Liverpool.

“Saya suka bila beliau berkata sedemikian, berbanding jika beliau berpendapat saya tidak layak untuk mengurus Bayern.

“Namun demikian, Bayern dan Borussia Dortmund mempunyai pengurus yang sangat baik pada hari ini. Apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang, saya tidak tahu.

“Mungkin pada ketika itu akan ada jenis jurulatih lain yang dianggap lebih layak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN