Beberapa Perkara Positif JDT Berjaya Peroleh Sepanjang Saingan ACL 2022

Kalah menang merupakan adat dalam pertandingan bola sepak, dan itulah yang ungkapan yang sesuai diberikan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam, setelah mereka tumpas dalam pusingan 16 terbaik AFC Champions League (ACL).

Meskipun dilihat membuat persediaan rapi dengan beberapa wajah baharu mengisi slot dalam pasukan tersebut, mereka masih tidak mampu untuk mencatat kejutan di Stadium Saitama semalam.

Tumpas di tangan Urawa Red Diamonds dengan kekalahan besar 0-5 pastinya menjadi igauan ngeri buat para pemain serta penyokong JDT ketika ini.

Namun, masih ada beberapa nilai positif yang boleh diambil hasil kekalahan tersebut untuk kembali membuatkan para penyokong sekurangnya berlapang dada dan memikirkan kembali dengan tenang.

Lakar sejarah tersendiri

JDT berjaya menjadi pelopor terbaharu buat kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M) apabila mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat lebih tinggi dalam saingan ACL.

Setelah kejayaan mereka mendapatkan slot ACL beberapa musim lalu tanpa perlu lagi melalui pusingan ‘play-off’, JDT juga telah melangkah lagi ke hadapan apabila muncul juara Kumpulan I musim ini dengan mengejutkan beberapa pasukan pilihan seperti Ulsan Hyundai.

Malah, dua lagi kelab berpengaruh ketika itu dalam peringkat kumpulan iaitu Guangzhou Evergrande dan Kawasaki Frontale juga berjaya dikejutkan JDT.

Ini membuktikan JDT tidak sekadar menjadi pasukan penumpang dan belasahan, malah mereka sebenar-benarnya bersedia untuk mencipta kejutan dalam saingan ACL musim 2022.

Peluang mencabar diri di saingan tertinggi

Seperti diketahui, JDT telah mendominasi saingan domestik untuk sekian lamanya tanpa menghadapi pencabar yang sebetul-betulnya kuat setiap musim.

Beraksi di pentas ACL telah memberi ruang buat JDT untuk mencabar diri mereka sejauh mana kekuatan kelab tersebut selama ini, dan memberi ruang untuk mengetahui kelemahan masing-masing.

Antara pengalaman menarik JDT bertemu pemain handalan seperti Hiroki Sakai

Seperti perlawanan semalam, Urawa Reds telah memberi pengajaran buat JDT mengenai masih lagi banyak kelemahan perlu diperbaiki dan ada ruang yang belum cukup buat kelab tersebut untuk menakluki Asia.

Perkara ini mungkin tidak akan dikesan atau terlalu dirasai sekiranya JDT hanya bertemu lawan-lawan dalam saingan Liga-M.

Pengalaman baharu buat Arif Aiman menjadi lebih matang

Arif Aiman mungkin boleh dikatakan antara pemain paling bertuah sekali setakat ini dalam Malaysia apabila sudah pun diberi peluang menentang pasukan-pasukan handalan di Asia.

Pemain masa depan negara ini walaupun tidak banyak dilakukan beliau semalam, sekurangnya ini menjadi pengalaman berguna buat Arif untuk menyedari tahap permainan beliau masih lagi banyak perlu diperbaiki.

Pengalaman berguna Arif pada usia muda, apabila diberi peluang beraksi di pentas tertinggi Asia

Arif mempunyai potensi untuk terus meningkatkan kualiti permainan beliau kerana usianya masih lagi muda serta berada di kelab yang betul untuk membentuk diri selaku pemain handalan negara pada masa akan datang.

Kesimpulan

Tidak ada apa yang perlu dikesalkan oleh para penyokong JDT mengenai keputusan semalam, biarpun mereka tewas dengan jaringan besar.

Ini menjadi suatu proses pembelajaran baharu buat JDT setelah mereka selesa dalam saingan tempatan sebelum itu.

Ditambah dengan pertukaran jurulatih baharu pada saat-saat akhir juga dilihat sebagai faktor kekalahan mereka semalam yang dilihat tidak beraksi seperti kebiasaan.

Berikan beliau ruang dan masa untuk membentuk pasukan pilihannya menjadi mantap

Namun, Hector Bidoglio tidak wajar dipersalahkan dan beliau juga layak diberi masa lebih panjang untuk membina sendiri falsafah dan gaya permainan berkualiti buat JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN