Layangan kad merah buat Safawi Rasid mendapat perhatian pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe menerusi sidang video selepas perlawanan menentang Bahrain.
Kejadian yang berlaku pada minit ke-83 itu menyaksikan pengadil perlawanan, Turkey Alghadeer telah melayangkan kad kuning kedua buat Safawi Rasid dan seterusnya kad merah dek kerana protes yang dibuatnya dengan membaling botol di luar padang.
Bukan hanya Safawi Rasid sahaja yang membuat protes, kelihatan pemain naturalisasi baharu negara, Liridon Krasniqi juga beremosi di sebelahnya sehinggakan ada yang terkeliru sama ada Liridon Krasniqi atau Safawi Rasid yang dilayangkan kad merah.
Liridon Krasniqi sejak di dalam padang sudah dilihat gagal mengawal emosinya dengan adakalanya melakukan protes terhadap pengadil sehingga dilayangkan kad kuning ketika Bahrain dihadiahkan sepakan penalti atas kekasaran oleh Irfan Zakaia.
Dua Kesilapan Individu Berikan Bahrain Kemenangan Ke Atas Malaysia https://t.co/0BUlXlD14d
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 28, 2021
Dalam aksi persabahatan awal pagi tadi waktu Malaysia, skuad negara tumbang 0-2 kepada Bahrain yang menyaksikan Mahdi Abduljabbar dan Jassim Marhoon muncul sebagai penjaring gol buat tuan rumah, masing-masing di babak pertama dan kedua.
Menurut Cheng Hoe, “Kita berharaplah agar pemain-pemain dapat mengawal emosi kerana kita tahu bukan mudah apabila bermain di tempat lawan. Dan disebabkan gol-gol tersebut, kita menjadi agak emosi. Tetapi, itulah sebahagian dalam bola sepak.”
“Kita kena kawal emosi kita supaya kita tidak hilang fokus dalam perlawanan. Apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, kita tetap kena mengawal emosi kita,” ujar Cheng Hoe mengenai reaksi amarah yang dilihat dikalangan para pemainnya.
Walaupun Harimau Malaya tampil dengan permainan agak positif dengan hantaran-hantaran dekat yang berjaya memerangkap lawan, namun, kesilapan Irfan Zakaria pada minit ke-40 telah menyebabkan Malaysia ketinggalan di babak pertama.
Sebelum itu, Malaysia dilihat bermain dengan positif dengan beberapa asakan berjaya diatur ke kubu Bahrain, namun jentera depan Harimau Malaya kurang menjadi.
My verdict? Lots of soul searching to do for #HarimauMalaya. The scoreline may suggest that we did okay, but we weren't at our best. The two goals were mistakes, and Bahrain could have punished us with more goals. Cheng Hoe trusted these boys, and I hope they bounce back.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 28, 2021
Di babak kedua, Malaysia terus hanyut dengan Bahrain sudah mendapat cengkaman dalam perlawanan seterusnya berjaya meledak gol kedua selepas Farizal Marlias terlepas kawalan bola yang diterima daripada hantaran ke belakang Liridon Krasniqi.
Bercakap tentang prestasi skuad Harimau Malaya, Cheng Hoe tetap merasakan para pemainnya telah bermain dengan lebih baik berbanding kekalahan dalam aksi latihan menentang Kuwait pada Isnin lalu yang menyaksikan Malaysia tewas besar 1-4.
“Gol-gol tersebut adalah daripada kesilapan individu tetapi dari segi kerjasama sebagai satu pasukan, kita nampak ada peningkatan yang terbaik. Kita kena bekerja keras sebagai satu pasukan dan kita perlu fokus pada setiap masa dan saat.
“Ada masa beberapa hari lagi, saya rasa kita boleh memperbaiki [untuk berdepan UAE]. Perkara positif adalah kita dapat lihat pemain mencipta serangan daripada kombinasi mencipta jaringan gol yang baik,” jelas Cheng Hoe lagi mengenainya.
Selepas ini, skuad negara akan meneruskan baki saingan kelayakan bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 7 Jun dan terakhirnya, berdepan Thailand pada 15 Jun.
Baca lagi artikel mengenai Tan Cheng Hoe dan skuad kebangsaan:
https://semuanyabola.com/5-sebab-harimau-malaya-harus-optimis-mampu-raih-keputusan-positif/
Pemilihan ‘Molten’ Jadi Punca Prestasi Kurang Menjadi Malaysia?