Sebut sahaja nama Ifedayo Olusegun pastinya para peminat bola sepak tempatan mengenali sosok tubuh ini yang lincah dan tajam di hadapan gol untuk membuktikan pemain tersebut antara penyerang prolifik pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Sepanjang aksi lalu bersama Selangor, Ifedayo telah merekodkan diri beliau sebanyak dua kali selaku penjaring terbanyak liga sejak menyertai skuad tersebut pada musim 2019 bagi memperkukuhkan jentera kelab tersebut ketika itu.
Terima Kasih, Ifedayo Olusegun!
Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran yang lebih baik bagi musim hadapan. pic.twitter.com/s0G6CGFPXc
— Selangor FC (@selangorfc) November 26, 2021
Namun kelibat beliau seakan gagal untuk mengulangi impak seperti musim-musim sebelumnya apabila Ifedayo masih belum menemui sentuhan pemusnahnya sepanjang bersama Melaka United tahun ini dalam saingan Liga Super atau Piala FA.
🤦🏽♂️☝🏾#IfedayoOlusegun#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/EbFjPIQ2qx
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) February 23, 2022
Menurut Nazrolerwan Makmor selaku penolong jurulatih Melaka United, beliau menyifatkan Ifedayo masih lagi belum tampil dengan prestasi sebenarnya apatah lagi penyerang tersebut baru selesai dibelenggu kecederaan yang menyebabkan pemain tersebut terlepas beberapa perlawanan.
Tambah beliau lagi, beliau sentiasa yakin mengenai kemampuan Ifedayo biarpun sedikit bimbang dengan aksi pemain tersebut yang masih lagi menemui sentuhan pemusnah seperti kebiasaan.
Untuk itu, Nazrolerwan berharap agar segala ruang dan peluang diberikan secukupnya oleh pasukan kepada Ifedayo menjelang aksi pertemuan seterusnya pada 4 Syawal ini dengan Kedah Darul Aman menjadi lawan Melaka United.
Dengan aksi yang bertenaga serta mampu meledak gol dalam perlawanan tersebut sekurangnya mampu untuk memulihkan kembali keyakinan dalam diri Ifedayo setelah beraksi dengan sedikit suram pada awal permulaan Liga Super.
“Kita kena faham Ifedayo penyerang prolifik dan bebanan terhadap tinggi terhadapnya bersama pasukan ketika ini. Sehubungan itu, Ifedayo memerlukan sokongan dari pemain-pemain lain untuk dia menjaringkan gol. Apa yang penting persefahaman berkenaan kian mantap terutama dibuktikan ketika menewaskan Sri Pahang dua minggu lalu,” katanya menerusi Arena Metro.
62 – Became the all-time highest scoring foreigner
25 – Broke Ghaddar's single-season scoring record (23)
6 – Broke Marlon's hat-trick record (5)
3 – Equalled the most hat-tricks in a single seasonWhat a night in Likas for Ifedayo Olusegun. #LigaSuperMalaysia pic.twitter.com/olBsVmyMVO
— Lee Seng Foo🇲🇾李成富 (@sengfoo88) September 5, 2021
Oleh kerana itu, penyerang berusia 31 tersebut perlu tampil lebih agresif di bahagian serangan dan tajam menghidu segala peluang gol setelah kembali sembuh daripada kecederaan melanda Ifedayo sebelum ini.
Dalam masa sama, Nazrolerwan juga menganggap sekiranya Ifedayo mampu menemui kembali sentuhan berbisanya, maka pemain tersebut bakal kembali menjadi mimpi ngeri buat pasukan lain serta kembali mengumpul koleksi jaringan sehingga akhir musim.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!