BDS Taja Kempen ‘Argentina Tidak Pergi’ Israel, Minta Batal Perlawanan Persahabatan

Pasukan kebangsaan Argentina akan menentang Israel dalam perlawanan persahabatan pada 9 Jun ini di Tel Aviv. Ianya adalah aksi pemanas badan terakhir mereka sebelum ke Piala Dunia Rusia 2018.

Argentina memiliki nama-nama besar seperti Lionel Messi Angel Di Maria, Otamendi, antara tarikan utama di dalam perlawanan tersebut.

Sebuah badan aktivis dan kemanusian, BDS telah melancarkan kempen agar Argentina memboikot perlawanan tersebut. BDS adalah singkatan untuk Boycott, Divestments and Sanctions.

BDS adalah badan yang sentiasa lantang mengutuk dan mengecam kekejaman Israel ke atas Palestine.

Tahun lalu BDS turut bersama-sama dengan rakyat Argentina yang protes kepada lawatan Benjamin Natenyahu ke nagara tersebut.

https://twitter.com/basemn63/status/908613517409968128

BDS menggunakan motto ‘Argentina Tidak Pergi’ (ke Israel) (Argentina don’t go) ataupun #ArgentinaNoVayas.

https://twitter.com/MustafAbuZir_E/status/983335780893495297

Kempen ini sudah mulai mendapat perhatian global terutama sekali di Sepanyol. Setiausaha Sukan Dan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) telah menerima surat daripada BDS tentang hal tersebut.

Dalam surat tersebut, BDS mahu Argentina menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestine yang ditindas tentera zionis yang dilabel telah menyeksa, melakukan apartheid dan genocide. Ianya juga akan menjadi simbolik kepada suara rakyat Argentina.

Menurut BDS, perlawanan ini bukanlah perlawanan di bawah kalendar FIFA, ianya adalah perlawanan pemanas badan yang dipersetujui oleh Persatuan Bola Sepak kedua-dua buah negara. Jadi, tiada masalah untuk membatalkannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN