Bayern Munich selesai membayar hutang kos pembinaan stadium mereka, Allianz Arena, sebanyak €346 juta.
Hutang itu sepatutnya dibayar sehingga tahun 2030. Bagaimanapun disebabkan prestasi cemerlang kewangan Bayern, mereka mampu melangsaikan hutang tersebut 16 tahun lebih awal.
Mulai sekarang, Bayern mempunyai tambahan €25 juta setiap tahun dan Karl-Heinz Rummenigge berkata duit tersebut akan digunakan sebagai bajet aktiviti perpindahan pemain.
Mereka berjaya membayar hutang lebih awal dari perancangan awal, menang semua piala yang mereka sertai dan menjual antara tiket termurah di Eropah.