Bayern Munich Sah Tidak Akan Kekalkan James Rodriguez Musim Hadapan

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bayern Munich tidak akan mengaktifkan pilihan yang dimiliki untuk menjadikan James Rodriguez pemain mereka secara tetap untuk saingan pada musim hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge.

Pemain antarabangsa Colombia itu beraksi selama dua musim bersama Bayern secara pinjaman dari Real Madrid, dan memenangi dua kejuaraan Bundesliga dan DFB-Pokal pada musim ini.

Bayern terpaksa rela

Bayern memiliki pilihan untuk terus memiliki Rodriguez jika membayar €42 juta kepada Real Madrid, dan Rummenigge pada Mac lalu berkata kelab tersebut mahukan pemain itu untuk terus kekal di Allianz Arena.

Namun senarionya telah berubah, selepas Rodriguez menyatakan niat beliau untuk tidak kekal di Jerman melangkaui musim ini.

Bercakap kepada Sport 1, seperti yang dilaporkan oleh beiN, Rummenigge berkata:

NUREMBERG, GERMANY – APRIL 28: James Rodriguez of Bayern Munich looks on prior to the Bundesliga match between 1. FC Nuernberg and FC Bayern Muenchen at Max-Morlock-Stadion on April 28, 2019 in Nuremberg, Germany. (Photo by Sebastian Widmann/Bongarts/Getty Images)

“Secara prinsip, keputusan itu dilakukan kerana beliau [James Rodriguez] datang berjumpa saya sebelum akhir musim, dan meminta saya untuk tidak mengaktifkan pilihan itu.

“Ejen beliau [Jorge Mendes] juga menghubungi saya minggu lalu. Ini bermakna ia tidak masuk akal untuk kami [Bayern] mengekalkan beliau.

“Anda tidak boleh membeli pemain bernilai €42 juta dengan bayaran gaji lumayan jika anda tidak boleh pasti kedudukan mereka bersama kelab.”

Rodriguez ke Napoli?

Rodriguez telah dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli untuk bergandingan kembali bersama bekas pengendali di Real Madrid, Carlo Ancelotti – pengurus yang membawa beliau ke Munich.

Sepanjang dua musim, pemain antarabangsa Colombia ini menjaringkan 14 gol dari 43 penampilan Bundesliga, dan Rummenigge berkata keputusan kelab untuk tidak menjadikan Rodriguez sebagai pemain tetap bukan refleksi kepada kualiti yang dimiliki pemain tersebut.

“Saya selalu berkata saya amat menggemari bola sepak yang dimiliki oleh James Rodriguez. Keupayaan kaki kiri beliau amat menakjubkan, dan beliau mampu untuk menjaringkan gol juga.

“Beliau adalah pemain yang sangat berkualiti untuk Bayern.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN