Bundesliga mengeluarkan statistik kehadiran penyokong ke setiap venue musim ini, 2017/18.
Borussia Dortmund mencatatkan jumlah kehadiran penyokong teramai dengan purata 79,496 kehadiran penyokong dalam setiap perlawanan. Di tangga kedua adalah Bayern Munich dengan purata 75,000 kehadiran per perlawanan.
Schalke 04 di tangga ke-3 dengan kehadiran 61,297 penyokong per perlawanan. Aksi cemerlang Schalke 04 musim ini antara punca kenapa mereka mendapatkan sokongan yang tinggi. Mereka menamatkan musim di tangga ke-2.
Kehadiran penyokong berdasarkan jumlah sudah pastinya memberikan keuntungan dari segi kutipan tiket pada hari perlawanan.
Sementara itu, itu rekod berdasarkan peratusan penuh kapasiti pula, 2 pasukan mencatatkan purata kehadiran 100% untuk setiap perlawanan. Bayern Munich anda boleh rujuk angka dinyatakan di atas.
Satu lagi kelab adalah SC Freiburg yang hanya ada kapasiti 23,894. Tetapi ia dipenuhi sepanjang musim ini untuk setiap perlawnaan Bundesliga.
Ini adalah carta berdasarkan maklumat daripada wordfootball.net.
Peratusan kehadiran terendah dicatatkan oleh Hertha Berlin dengan 61% untuk setiap perlawanan ataupun hanya 45,319 kehadiran sahaja untuk setiap perlawanan. Jika angka ini dibawa ke negara kita, sudah pastinya ia angka yang sangat tinggi.
Daripada angka tersebut, secara keseluruhan, Bundesliga menerima kehadiran penyokong sebanyak 27,323,592 kehadiran penyokong daripada kesemua 612 perlawanan Bundesliga. Purata kehadiran penyokong setiap hari perlawanan Bundesliga adalah 44,646.
Bundesliga berharap musim akan datang mereka akan memperbaiki angka kehadiran tersebut walaupun pada asasnya kehadiran penyokong adalah sangat menggalakkan.
Semakin meriah kehadiran ke stadium, ia akan mewujudkan atmosfera yang baik. Ia mempengaruhi imej liga itu dan membawa kepada publisiti. Salah satu kekuatan Bundesliga adalah kemeriahan di dalam stadium dalam setiap perlawanan.