‘Bayangkan 6 Perlawanan Dalam 7 Hari’ – Giliran Jurulatih Bahrain Bangkit Isu Padang SNBJ

Helio Sousa Bahrain

Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue kepada semua enam perlawanan Kumpulan B bagi pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 mungkin dianggap sebagai ‘rahmat’ atau kelebihan buat skuad negara.

Ia merupakan peluang terbaik untuk penyokong membanjiri gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu dalam memberikan sokongan padu dan mencipta aura luar biasa sebagai motivasi kepada pemain di atas padang.

Namun apabila bercakap mengenai padang, tidakkah kita berasa malu selepas beberapa jurulatih pasukan negara lain memberikan komen yang kurang enak terhadap keadaan keadaan padang SNBJ?

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen ketika sidang media selepas aksi persahabatan pada minggu lalu mengakui pemain pasukannya mengalami kesukaran untuk beraksi dengan baik di Bukit Jalil.

Kemudian giliran ketua jurulatih Bahrain, Helio Sousa pula menyuarakan nada yang sama ketika sidang media pra-perlawanan pada Selasa.

Malah beliau turut mempersoalkan kemampuan padang SNBJ untuk ‘bertahan’ sepanjang enam perlawanan yang bakal berlangsung dalam tempoh tujuh hari.

“Mungkin esok boleh dikatakan padang dalam keadaan terbaik, sebab ia perlawanan pertama, tapi selepas perlawanan ketiga, keempat dan kelima [perlawanan dilangsungkan] di padang yang sama, kita lihat bagaimana kita nak menanganinya,” ujar jurulatih warga Portugal itu.

Timbul juga persoalan, ketika semua pihak bertanggungjawab termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengetahui hakikat padang SNBJ yang tidak memuaskan ketika ini, mengapa kita menerima tawaran untuk menjadi ‘tuan rumah’ dan akhirnya mendapat malu dengan komen-komen seperti ini?

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendakwa pihaknya tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru dan memerlukan ‘laporan saintifik’ untuk menentukan jenis rumput sesuai untuk menggantikan rumput sedia ada.

Persoalannya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kajian dilakukan bagi mendapat ‘bukti saintifik’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN