Bawah Kendalian Shin Tae-yong, Indonesia Kini Lebih ‘Bijak’ Bermain Bola Sepak

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong boleh dianggap sebagai antara jurulatih paling berpengaruh kini buat negara tersebut, selepas melakar beberapa rekod yang sangat cemerlang di pentas antarabangsa.

Terbaharu, Shin berjaya memastikan skuad bawah 20 (B-20), B-23, serta pasukan senior untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia dan mengubah landskap bola sepak Indonesia menjadi lebih unggul.

Untuk rekod, Shin masih lagi belum memberi sebarang trofi kemenangan buat Indonesia di pentas antarabangsa, namun negara tersebut mula mencipta nama dengan positif di peringkat Asia dengan baik.

Menurut pemerhati bola sepak Indonesia iaitu Mursyid Effendi, beliau menyifatkan Shin kini berada di landasan terbaik untuk meningkatkan lagi mutu sukan tersebut di peringkat antarabangsa.

Malah, kesannya turut meliputi kepada para pemain sendiri yang dianggap sedang membangun dengan pesat dan lebih bagus berbanding suatu ketika.

“Skuad Indonesia sudah berada di landasan yang sebenar untuk maju. Saya lihat sejak Shin dan bekas pengendali iaitu Luis Milla berjaya berada di kedudukan tepat untuk berjaya. Jangan lupa, keduanya merupakan jurulatih berkelas dunia.

“Untuk pemain pula, kekuatan fizikal serta teknik individu mereka semakin meningkat serta sikap diterapkan dalam diri untuk menerima pelbagai jenis taktikal di atas padang. Paling penting, motivasi tidak mengalah awal dalam perlawanan.

“Lebih penting, Shin berjaya menjadikan para pemain Indonesia kini semakin bijak bermain bola sepak di pentas tertinggi.

“Memang beliau belum memberi sebarang piala buat Indonesia, tetapi Shin telah pun menjulang nama negara untuk semakin dikenali di pentas antarabangsa, khususnya peringkat Asia,” jelas beliau menerusi laman Bola.com.

Menerusi revolusi bola sepak yang dicetuskan oleh Shin, kini negara tersebut juga pesat melahirkan bakat-bakat muda berkualiti tinggi serta mendapat tumpuan kelab luar negara.

Malah, Indonesia kini juga tidak hanya memberi fokus kepada status naturalisasi, sebaliknya mereka giat mendapatkan pemain-pemain warisan untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

Impak yang sama kini turut mula dirasai buat Malaysia sejak mereka mendapatkan sentuhan pengendali dari Korea Selatan iaitu Kim Pan-gon.

Malaysia yang suatu ketika suram di pentas antarabangsa, kini mula memberi cabaran sengit buat negara yang lebih baik daripada segi ranking selain melayakkan diri secara merit ke saingan Piala Asia.

Pastinya kini para penyokong Malaysia dan Indonesia berharap supaya dua negara ini dapat bertembung dalam mana-mana saingan atau aksi persahabatan untuk menguji kekuatan antara satu sama lain kerana masing-masing berada dalam momentum terbaik.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN