Jika disebut nama Keisuke Honda, rata-rata penyokong bola sepak pastinya mengenali individu tersebut yang dianggap sangat berpengaruh suatu ketika di dunia.
Terbaharu, Keisuke Honda telah pun berada di Selangor dengan dinyatakan kehadiran bekas pemain legenda Jepun itu untuk melawat fasiliti pasukan berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi media sosial rasmi Selangor dengan memaparkan Honda bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Sepanjang berada di kem Selangor, bekas pengendali utama Kemboja itu dibawa melawat fasiliti yang dimiliki, serta diberi jersi sebagai penghargaan daripada pihak pengurusan pasukan tersebut.
Teka teki kini mula bermain dalam fikiran para penyokong Selangor mengenai tujuan sebenar kedatangan pemain tersebut di kem pasukan itu sebentar tadi.
Umum mengetahui Honda kini bukan lagi bergelar Pengurus Utama Kemboja, setelah beliau melepaskan jawatan itu apabila sainga Piala AFF 2022 tamat.
Honda mula menyertai dunia kejurulatihan pada tahun 2018 bersama Kemboja dan memulakan tugas beliau secara rasmi dalam aksi persahabatan bertemu Malaysia, dimana mereka tewas 1-3 ketika itu.
Selepas itu, beliau bersama-sama Felix Dalmas dan Ryu Hirose telah membentuk suatu gandingan dalam memantapkan kembali skuad Kemboja dan hasilnya sudah mula dilihat.
Kemboja yang suatu ketika menjadi pasukan belasahan di Asia Tenggara tampil dengan sangat baik dalam kejohanan Piala AFF lalu menerusi dua kemenangan telah diraih ketika bertemu Filipina dan Brunei Darussalam.
Walaupun masih lagi terikat bersama Kemboja untuk tugasan terakhir beliau dalam aksi Sukan SEA 2023, ada kemungkinan suatu perancangan awal telah dibuat membabtitkan Honda bersama Selangor.
🇰🇭🇯🇵 Cambodia Football Federation announced that the match between the Cambodia and the Thailand in the AFF Cup 2022 is the last match of General Manager Keisuke Honda with the senior team.
He will continue his duties on his final mission as General Manager of the U22 Cambodia. pic.twitter.com/MgqknDgWnq
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 4, 2023
Menerusi rombakan-rombakan baharu di barisan kejurulatihan Selangor musim ini, mungkin juga ada suatu tempat yang sesuai buat pemain tersebut untuk mula mencurahkan segala pengalamannya bagi menaikkan kembali maruah bol sepak The Red Giants.
Apapun, ia masih lagi belum didedahkan faktor sebenar dan sesuatu tidak mengejutkan jika Selangor berminat mendapatkan khidmatnya kerana beberapa negara serta kelab lain juga dilaporkan turut mengintai khidmat Honda kini.