“Bawa Banner Besar ‘Fair Play’, Tetapi Ada Tokong” – Sanusi Turut Pertikai Masa Tambahan 10 Minit Perlawanan Liga M

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada hari ini mempertikaikan tambahan masa kecederaan selama 10 minit yang diberikan pengadil membabitkan perlawanan antara Negeri Sembilan dan JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada.

Menurut Sanusi masa kecederaan selama 10 minit itu adalah antara perkara yang jarang berlaku di dalam bola sepak.

Beliau berkata demikian untuk mengingatkan semua pihak agar tidak mewujudkan ‘tokong’ dalam kancah bola sepak tanah air.

Kedah Darul Aman

“Bola sepak ini bukan untuk individu [tertentu] dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu.

“Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang. Sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis ‘fair play‘ tetapi ada tokong.

“Semua nak kena tanya dia dulu. Mampuih [mampus] lagu [macam] tu. Nak main macam mana,”  katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada hari ini.

Sanusi kemudiannya memberikan contoh terdekat kepada perumpamaannya itu adalah ketika perlawanan membabitkan Negeri Sembilan dan JDT pada 11 Mei lalu.

“Contoh berlaku satu kejadian luar biasa dalam kancah bola sepak apabila pengadil perlawanan memberikan tambahan masa 10 minit pada babak kedua perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada perlawanan sebelum ini,” tambahnya lagi.

“Sebagai ahli gabungan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), kita nak perkara menggelikan hati begini ditangani segera.

“Saya rasa main bola masa tambahan paling panjang pun tujuh minit dan itu pun kalau berlaku patah kaki contohnya yang memerlukan pemain diusung keluar.

“Dalam perlawanan itu patah jari pun tidak ada tetapi masa tambahan sampai 10 minit. Ini sesuatu yang ‘very rare’.

“Jangan sampai saya bercakap pula. Apa yang saya katakan ini baru permulaan dan kalau keluar semua sekali, habis.

“Saya sedang kumpulkan lagi apa benda yang patut dicakap. Saya cakap untuk kebaikan bola sepak dan kalau betul nak tingkatkan mutu bola sepak negara, perkara ‘rare’ begini perlu dilihat dengan mata terbuka,” katanya lagi.

created by inCollage

Dalam perlawanan di antara Negeri Sembilan menentang JDT pada 11 Mei lalu, perlawanan seakan-akan berakhir tanpa sebarang jaringan sehingga sepakan terakhir Fernando Forestieri yang dihasilkan pada minit ke-100 perlawanan.

Gol tunggal perlawanan itu memberi kekalahan pertama kepada Negeri Sembilan pada musim ini, dan mengekalkan rekod 100% kemenangan kepada JDT untuk membenarkan pasukan dari selatan tanah air itu terus menggungguli saingan Liga Super Malaysia (MSL) setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN