Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong akui diri beliau menjadi salah seorang individu paling kecewa selepas mengetahui Indonesia tidak lagi menjadi tuan rumah bagi saingan Piala Dunia Bawah 20 (B-20).
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasminya telah pun membatalkan Indonesia selaku tuan rumah untuk menganjurkan Piala Dunia B-20 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kerana Boikot Israel, FIFA Mungkin Sekat Indonesia Sertai Kelayakan Piala Dunia 2026https://t.co/3rG5TKGP2g
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 30, 2023
Keputusan tersebut dibuat selepas isu politik yang melanda negara tersebut bersama salah satu pasukan yang turut bertanding iaitu Israel dan mendapat bantahan ramai daripada penduduk Indonesia.
Pengesahan itu dibuat secara rasmi selepas membabitkan pertemuan antara Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino bersama Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dalam satu mesyuarat.
Hasil keputusan tersebut menyaksikan Indonesia juga secara rasminya tidak akan bertanding dalam saingan itu dan Shin secara peribadi mengakui sangat sakit hati.
Jelas Shin, ketika ini dia mengakui sangat penat selepas bersusah payah membangunkan skuad tersebut selama tiga tahun untuk menghadapi kejohanan berprestij itu dengan melalui pebagai kesukaran.
“Pertama sekali, pastinya saya sangat sakit hati dengan keputusan itu. Saya sendiri rasa sangat penat selepas ianya menjadi sia-sia.
“Apatah lagi para pemain, pastinya mereka sangat lelah selepas membuat persiapan selama tiga tahun enam bulan itu demi mengharumkan nama negara,” terang pengendali tersebut menerusi Bola.com.
Pada masa sama, Shin juga menceritakan pengalaman beliau sewaktu mengendalikan Korea Selatan B-20 pada saingan Piala Dunia di negara berkenaan mengenai manfaat bakal diperoleh mereka.
“Saya Usaha Keras Untuk Piala Dunia”- Pengendali Indonesia Bimbang Segalanya Jadi Sia-Siahttps://t.co/ieX0aoG0kJ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 29, 2023
“Saya mempunyai pengalaman untuk mengendalikan skuad Korea Selatan B-20 pada tahun 2017 bagi saingan Piala Dunia B-20.
“Jadi saya tahu menjadi tuan rumah ini bakal memberi manfaat sangat besar untuk saingan berprestij sedemkian, apatah lagi ia mampu menaikkan lagi mutu bola sepak buat negara yang menjadi tuan rumah,” jelas Shin lagi.
Disebabkan keputusan tersebut sudah dibuat, Shin beranggapan para pemain kini pastinya putus harapan untuk bermain di pentas dunia dengan memakai jersi yang tersemat logo Indonesia.