Bas Penyokong PSM Makassar Dibaling Batu, Seorang Alami Kecederaan

PSM Makassar

Bas yang membawa penyokong kelab Indonesia, PSM Makassar dilaporkan mengalami kerosakan dipercayai dibaling batu.

Kerosakan yang dialami oleh bas tersebut dilihat berlaku di kawasan cermin, malah lebih teruk ada pula kecederaan ringan yang menimpa penyokong mereka.

Dalam laporan yang ditonjolkan media Indonesia, mereka mendedahkan yang bas penyokong Makassar dipecahkan dan ada kecederaan menimpa mereka.

Menerusi pendedahan tersebut, kecederaan yang menimpa ada di bahagian dahi.

Sendiri cari penyakit

Apa yang berlaku melibatkan penyokong Makassar semalam adalah perkara yang tidak wajar berlaku dalam bola sepak.

Sepatutnya, penyokong haruslah pulang ke rumah dengan aman dan baik tidak kira apa keputusan sekali pun.

Namun begitu, kesalahan tidak seharusnya diletakkan kepada penyokong KL City dalam hal ini.

Menurut sumber kami, kejadian yang berlaku semalam adalah punca dari penyokong Makassar sendiri yang mencari ‘penyakit’.

Ianya dikatakan berpunca selepas sekumpulan penyokong Makassar menyerang peminat KL City yang berada di luar Stadium KLFA selepas perlawanan.

Penyokong KL City ketika itu sedang asyik meraikan kejayaan pasukan yang menang semalam.

Barang kali bertukar-tukar provokasi sesama mereka lalu mencetuskan situasi tegang hingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan berlaku.

Situasi ini jelas sekali tidak sedap untuk dipandang mata atau didengar telinga kerana kita semua sukakan perlawanan bola sepak yang aman damai.

Penyokong mana-mana pasukan perlulah menghormati sesama sendiri agar tidak ada situasi yang tegang berlaku.

KL City bergelar juara zon ASEAN untuk Piala AFC selepas membenam cabaran Makassar 5-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN