Bas yang membawa skuad Barcelona meninggalkan kapten pasukan Lionel Messi di Anfield selepas tamat perlawanan.
Menurut laporan televisyen Sepanyol, El Chiringuito, bas yang membawa pemain-pemain dan pegawai Barcelona meninggalkan Anfield untuk menuju ke lapangan terbang tanpa pemain Argentina tersebut.
Bukan disengajakan
Bagaimanapun perkara tersebut bukan disengajakan oleh pihak Barcelona.
Tetapi Messi terpaksa ditinggalkan selepas pihak anti-doping mahu melakukan ujian air kencing yang dilakukan secara rambang di kalangan pemain.
Disebabkan perkara itu, Messi dikatakan mencari pengangkutan alternatif ke lapangan terbang untuk kembali menyertai rakan sepasukan yang lain.
Selepas malam serba tidak menjadi di Merseyside, skuad Barcelona dikatakan tidak berhasrat untuk kekal di bandar tersebut – dan dijadualkan untuk terus terbang ke Sepanyol.
Messi kecewa
Messi sendiri enggan ditemuramah oleh pihak media, dan enggan menjawab pertanyaan wartawan mengenai kekalahan mengejutkan itu, ketika melalui zon bebas di dalam stadium.
Hanya Luis Suarez dan Sergio Busquets tampil untuk bercakap bersama wartawan, tatkala Messi dilihat menuju terus ke bilik persalinan.
La cara de Leo Messi al pasar por la zona mixta de Anfield. @ellarguero pic.twitter.com/NVrz8DG8Zm
— Adrià Albets (@AdriaAlbets) May 7, 2019
Ini adalah musim kedua berturut-turut Messi dan Barcelona mensia-siakan kelebihan tiga gol di peringkat kalah mati UEFA Champions league.
Pada musim lalu, skuad kendalian Ernesto Valverde dikejutkan oleh kebangkitan Roma di suku akhir.